Hutan Lipur Ulu Licin (Air Terjun Beruas), Beruas, Perak

 

Pintu masuk selepas anda menempuh perjalanan di jalan sempit


Hutan Lipur Ulu Licin terletak di Beruas, Perak. Beruas adalah satu Mukim kecil yang terletak tidak jauh dari Manong, Pantai Remis dan Parit. Terletak lebih kurang 70 KM dari bandar Ipoh, lokasi ini agak terpencil juga. 

Dikenali juga dengan nama Air Terjun Beruas kerana ianya satu-satunya yang terletak di kawasan ini. Lokasi air terjun ini agak ke dalam juga dimana anda perlu melalui kawasan taman-taman perumahan sebelum menerus perjalanana di laluan sempit untuk memasuki hutan. Jarak Hutan Lipur ini dari Jalan Besar adalah sekitar 7 KM.

Apakah yang menarik di sini? Seperti juga Hutan Lipur di tempat lain, Air Terjun Beruas dikatakan mempunyai saiz Air Terjun yang sederhana dan air yang deras juga. Air ini mengalir dari puncak Gunung Bubu yang terletak agak jauh juga dari lokasi ini. Semestinya air yang segar, sejuk dan deras agak menarik untuk bermandi manda.

Kemudahan asas yang lengkap disediakan di sini walaupun agak terhad kerana kawasan rekriasinya bersaiz kecil. Kemudahan seperti Parking Kenderaan, Tandas, Pondok Rehat, Surau, Tapak & Kawasan Perkhemahan, Jambatan Rentas Sungai dan lain-lain ada disediakan. Namun begitu, kemudahan besar seperti Dewan, Restoran dan lain-lain tidak kelihatan. Terdapat juga trek merentas hutan yang pendek di sini. 

Salah satu kelemahan di sini dan kebanyakan Hutan Lipur adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Terdapat banyak sampah sarap berkeliaran di banyak lokasi. Apa boleh buat kerana ramai yang beranggapan Hutan Lipur adalah tapak pembuangan sampah.

Tidak dapat dipastikan adakah terdapat laluan mendaki Gunung Bubu dari sini. Maklumat lanjut akan menyusul nanti.

 

.


.


.



 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3