Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Perlis Indera Kayangan.

 

Peta Negeri Perlis. Sempadan antarabangsa Thailand (Satun & Hat Yai) di atas. Sebelah Selatan dipisahkan dengan Negeri Kedah & Laut. Pulau Langkawi lebih dekat dari sini.

 
Walaupun merupakan negeri terkecil di Semenanjung Malaysia, Perlis bukanlah sebuah negeri yang tidak mempunyai lokasi pelancongan yang menarik. Bukan calang-calang, Perlis hampir mempunyai segala keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri-negeri lain yang lebih besar. Contohnya seperti pantai, sungai, tasik, bukit bukau dan gunung ganang, perkampungan, sawah padi, bandar, lebuhraya, keretapi dan segala-galanya terdapat di negeri ini. 
 
Malah, Pulau Langkawi lebih mudah diakses dari Negeri ini iaitu dari Kuala Perlis. Ini menggambarkan seolah-olah Perlis adalah pintu masuk utama ke Pulau Langkawi jika melalui jalan laut. Dan semestinya Perlis mempunyai keistimewaan dengan buah Mangga Harum Manis yang tidak terdapat di negeri lain.
 
 
Antara lokasi-lokasi menarik di Perlis adalah seperti berikut:
 
-Kuala Perlis (Jeti, Medan Makan & Pantai), (Barat Daya, 10KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Membeli-Belah, Lawatan & Pemandangan)

-Padang Besar (Kompleks Bebas Cukai & Bazaar), (Utara, 40KM dari pekan Kangar) (Kategori : Membeli-belah)

-Galeri & Istana Diraja Arau, pekan Arau
(Kategori : Tempat Bersejarah)

-Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis (Barat, 6KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Tempat Bersejarah)

-Masjid Diraja Arau, pekan Arau (Kategori : Rumah Ibadat)
 
 
-Gua Kelam, Kaki Bukit (Utara, 35KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Rekriasi & Sukan)

-Bukit Wang Kelian & Menara Pandang Wang Kelian, Kaki Bukit (Utara, 38KM dari pekan Kangar) (Kategori : Pemandangan)

-Hutan Lipur Tasik Meranti (Sudah jadi kem PLKN??), Kaki Bukit (Utara, 40KM dari pekan Kangar) (Kategori : Rekriasi Alam)
 
-Taman Negeri Perlis/Wang Kelian (Utara Perlis) (Kategori : Rekriasi Alam)

-Taman/Rimba Herba Perlis (Barat Laut, 11KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Taman Agro)

-Hutan Lipur Bukit Ayer, Jalan Anak Chelong, Bukit Ayer (Barat Laut, 12KM dari pekan Kangar) (Kategori : Rekriasi Alam)

-Taman/Ladang Angggur, Kg. Lembah Tuwi (Barat, 10KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Taman Agro)

-Hutan Lipur Bukit Kubu, Kuala Perlis (Barat Daya, 10KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Rekriasi Alam)

-Bukit Pelarit, Kaki Bukit, lokasi permulaan tidak diketahui (Barat Laut, 30KM dari pekan Kangar) (Kategori : Sukan Lasak)

-Bukit Wang Gunung. (lokasi permulaan tidak diketahui) (Kategori : Sukan Lasak)

-Bukit Chabang. Jalan ke Padang Besar (28KM dari pekan Kangar) 
(Kategori : Sukan Lasak)
 
-Tasik Timah Tasoh (Dataran Empangan) (22KM dari pekan Kangar) 
(Kategori : Rekriasi & Sukan)

-Taman Tasik Melati, Kg. Padang Lati (12KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Rekriasi)

-Ladang Burung Unta Perlis, Padang Besar (Utara, 34KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Mini Zoo) 

-Taman Ular Sungai Batu Pahat, Beseri (Barat, 10KM dari pekan Kangar)
(Kategori : Mini Zoo)
 
 

Seperkara yang tidak akan mengecewakan di Perlis adalah makanan tradisional yang menarik di sini. Banyak kedai yang menawarkan makanan sedap seperti ulam ulaman, gulai, makanan laut dan sebagainya.
 
*Maklumat lanjut akan menyusul nanti.
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang