Posts

Showing posts from December, 2021

Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.

Image
  Taman Agro Rantau terletak di tepi jalan Rantau - Sungai Gadut/Senawang. Jarak dari pekan Rantau adalah kira-kira 5 KM. Teman Agro ini terletak bersebelahan sahaja dengan Sungai Simin yang puncanya adalah dari Sungai Gadut dan Senawang lalu airnya mengalir ke pekan Rantau. Kewujudan laluan sungai di sini mencantikkan lagi suasana di Taman Agro ini. Kedudukannya hampir dikelilingi oleh sungai, hutan dan ladang kelapa sawit. Hasil lawatan pada September 2021 yang lalu mendapati lokasi ini telah ditutup dan kelihatan sudah lama tidak digunakan. Mungkin sudah ditutup sejak sekian lama iaitu bermula dari PKP 1 sehinggalah sekarang. Tinjauan dari udara kelihatan banyak bangunan yang sudah usang dan rosak. Kelihatan kawanan Lembu yang sedang meragut rumput dan berehat di kawasan padang. Tidak banyak maklumat yang diketahui berkenaan dengan Taman Agro ini. Berdasarkan maklumat umum, Rantau Agro Park merupakan lokasi untuk mengadakan program-program latihan seperti Kursus, Kem Motivasi, Team