Posts

Showing posts from October, 2023

Kemusnahan Hutan ipur Jeram Toi, Jalan Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan.

Image
Hutan Lipur Jeram Toi pernah dilaporkan lawatan dalam Laman Web ini satu ketika dahulu. Namun, akibat Kepala Air yang melanda pada penghujung tahun 2021 yang lalu, hutan lipur ini telah mengalami kemusnahan yang sangat teruk. malah, hampir segalanya telah lenyap. sila lihat geleri-galeri di bawah ini. . . . . . . .

Makam Tuan Tulis, Terachi, Kuala Pilah

Image
Makan bersejarah ini terletak berdekatan dengan pekan kecil Terachi, Jalan Ulu Bendul ke Kuala Pilah. Namun, anda perlu masuk ke simpang menuju ke Kampung Talang, sebelum menemui sebuah Masjid. Dalam kawasan masjid tersebut terletaknya makam ini. Sila lihat galeri-galeri dibawah. . Penerangan ringkas berkenaan dengan lokasi bersejarah makam ini. . . . . . . Masjid dimana terletaknya Makam Tuan Tulis di dalamnya. .

Muzium Naning, Muzium Alor Gajah & Muzium Jasin Di Melaka

Image
*Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga Muzium ini telah ditutup sejak tahun 2022 yang lalu. Malah, ada yang menyatakan ia telah ditutup sejak PKP lagi.  Muzium Naning, Jalan Alor Gajah, Melaka Dikenali juga dengan nama Muzium Warisan dan Sejarah Naning. Lokasi Muzium ini agak tersuruk sedikit walaupun ianya hanya terletak di tepi jalan sahaja. Ia terletak berdekatan simpang empat lampu isyarat menuju ke A Famosa Resort. Pintu masuk Muzium Naning yang ditutup rapat sejak sekian lama. . . . . . Pintu masuk bangunan utama yang sunyi sepi. . . .     Muzium Pertanian atau Muzium Jasin, Pekan Jasin Melaka. Muzium ini kelihatan tidak lagi terjaga, hasil tinjauan pada tahun 2022 yang lalu. Ia masih lagi ditutup dan terbiar sepi. . . . Pintu masuk Muzium yang tertutup begitu rapat sekali. .

Lokomotif Lama Tampin, Negeri Sembilan

Image
Bekas Lokomotif kelas 23 ini terletak berdekatan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Dahulu, ia adalah milik Keretapi Tanah Melayu dan telah berjasa sebelum sampai usia persaraannya. Ianya berdiri megah di satu lokasi tepi jalan berdekatan Stadium, walaupun kita tidak mengetahui apakah sebabnya ia diletakkan di situ. Apakah sebab ia tidak diletakkan berdekatan Stesen Keretapi Bersejarah Tampin, itu saya sendiri pun tidak tahu.  Untuk makluman anda, Lokomotif ini telah lenyap pada awal 2023 yang lalu kerana dibawa lari ke Gemas. Ia telah diletakkan kesunyian di Stesen Keretapi Lama Gemas dan bersemadi di sana tanpa sebab yang munasabah. . Lokomotif (Tampin) kelas 23 dengan nama Limau Kasturi berdiri megah di sini. . . Ramai yang datang ke sini untuk bergambar dengan Loko ini walaupun mereka tidak tahu apakah sebenarnya ia. . Tidak ada secebis papan tanda penerangan pun yang diletakkan di sini. . Limau Kasturi adalah nama pekan kecil di daerah Gua Musang, Kelantan. . .   Bahagian Dalam