Posts

Showing posts from November, 2021

Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan.

Image
Terletak di Jalan Taman Bunga, kawasan Taman Tasik Seremban iaitu berdekatan dengan Pokok Getah Pertama Negeri Sembilan dan Taman Malaysia. Galeri Diraja Tuanku Jaafar adalah sebuah bangunan bersaiz sederhana (lebih 5 aras) yang mempunyai banyak kemudahan. Jika dilihat namanya, mungkin kita beranggapan bahawa lokasi ini akan memaparkan gambar-gambar koleksi Al-Marhum Tuanku Jaafar suatu ketika dahulu. Memang benar banyak gambar-gambar yang dipamerkan tetapi ada banyak lagi koleksi menarik yang boleh dilihat di sini. Bayaran masuk RM 10 akan dikenakan kepada pengunjung dan RM 5 untuk kanak-kanak. Al-Marhum Tuanku Jaafar ibnu Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan memerintah antara tahun 1967 hingga 2008. Baginda juga telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-10 pada tahun 1994 hingga 1999. Galeri ini diinspirasikan oleh Baginda sebagai penghormatan dan untuk mempamerkan kepada rakyat jelata berkaitan dengan sejarah hidup Baginda. Se

Villa & Banglow Di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Image
Simpang utama ke Kawasan Villa sebelah kiri. Sebelah kanan atau terus menuju ke Taman Eko Rimba Gunung Berembun. .   Pondok Pengawal yang sudah lama dibina di sini. . Papan Tanda Villa yang terdapat di dalam ini. Terletak berhampiran dengan perkampungan Orang Asli, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jalan masuk ke sini adalah hampir sama dengan laluan untuk ke Taman Eko Rimba Gunung Berembun. Kawasan Villa ini adalah berbukit-bukit dan agak luas dan terdapat juga taman Agro disekitarnya. Terdapat dua pintu masuk utama ke kawasan Villa yang indah ini. Villa-Villa ini dihubungkan oleh jalan-jalan kecil dan ada juga denai hutan. Terdapat kolam-kolam kecil yang wujud dipersekitaran Villa. Banglow atau Villa yang terkenal di sini adalah: -The Shorea -Sembayu Villa -Kairos Villa -The Dusun -Langit Rimba Villa atau Banglow di terdapat sini sebenarnya sudah lama wujud sejak dahulu lagi. Apabila Loji Rawatan Air dibuka dan Taman Eko Rimba Gunung Berembun mula dip

Stesen Keretapi (Utiliti) Tapis Minyak, Port Dickson

Image
Bangunan Stesen Tapis Minyak yang sudah ditutupi oleh semak samun. . Jalan kecil (terus) untuk ke Stesen Tapis Minyak. Stesen Keretapi Tapis Minyak adalah stesen khas untuk persinggahan tren yang membawa minyak diproses dari Loji Penapisan Minyak yang terletak berdekatan. Stesen ini bukan untuk menurunkan penumpang kerana ia adalah stesen utiliti. Terletak berdekatan dengan Loji Penapisan Utama minyak mentah iaitu Shell dan Esso (kini Petron). Stesen Tapis Minyak bersaiz kecil sahaja dengan konsep pembinaan kayu. Tidak dapat dipastikan bila, namun dipercayai stesen ini dibina sekitar era 60an dan 70an apabila Loji Penapisan Minyak Esso dibina diikuti dengan Loji Penapisan Shell. Stesen ini semestinya telah mengalami banyak pengubahsuaian dan naiktaraf sejak ia mula dibina sehinggalah di peringkat akhir pengoperasian. Terdapat lima laluan rel untuk menempatkan Gerabak keretapi termasuklah satu platform. Stesen ini mungkin tidak lagi digunakan sejak tahun 2008 apabila laluan Seremban-Por