Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan.
Terletak di Jalan Taman Bunga, kawasan Taman Tasik Seremban iaitu berdekatan dengan Pokok Getah Pertama Negeri Sembilan dan Taman Malaysia.
Galeri Diraja Tuanku Jaafar adalah sebuah bangunan bersaiz sederhana (lebih 5 aras) yang mempunyai banyak kemudahan. Jika dilihat namanya, mungkin kita beranggapan bahawa lokasi ini akan memaparkan gambar-gambar koleksi Al-Marhum Tuanku Jaafar suatu ketika dahulu. Memang benar banyak gambar-gambar yang dipamerkan tetapi ada banyak lagi koleksi menarik yang boleh dilihat di sini. Bayaran masuk RM 10 akan dikenakan kepada pengunjung dan RM 5 untuk kanak-kanak.
Al-Marhum Tuanku Jaafar ibnu Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan memerintah antara tahun 1967 hingga 2008. Baginda juga telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-10 pada tahun 1994 hingga 1999.
Galeri ini diinspirasikan oleh Baginda sebagai penghormatan dan untuk mempamerkan kepada rakyat jelata berkaitan dengan sejarah hidup Baginda. Selain dapat mengenali Baginda dengan lebih dekat, pengunjung dapat mengetahui maklumat Baginda sejak dari zaman kecil, remaja, muda sehinggalah Baginda dilantik sebagai YDP Negeri Smbilan dan YDP Agong. Pengunjung turut dapat mengenali keluarga Diraja dengan lebih dekat lagi.
Bukan sahaja gambar-gambar, malah tayangan video turut disediakan untuk sesiapa yang melawat. Koleksi-koleksi perbadi Baginda seperti Pakaian, Peralatan Golf, Alat Kabesaran Diraja dan lain-lain turut dipamerkan supaya pengunjung dapat mengetahui aktiviti hidup Baginda dahulu.
Galeri ini turut memberikan pengunjung maklumat berkaitan dengan Sejarah Negeri Sembilan dan Sejarah Pemerintahan Diraja di Negeri Sembilan. Ini termasuklah Adat Istiadat Pertabalan, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, lawatan dan Majlis Diraja serta aktiviti kebesaran yang lain.
Boleh dikatakan kebanyakan ruang di Galeri ini yang bermula dari Aras 1 hingga Aras 4 dikhaskan untuk tujuan pameran Galeri Diraja Tuanku Jaafar. Konsep pameran juga ada berbagai bentuk samaada dalam bentuk teks, gambar, peralatan, persembahan muzik, dokumentari video, mural, model bangunan dan sebagainya. Ini menjadikan suasana pameran yang menarik, padat, jelas dan mudah untuk difahami oleh semua pengunjung. Disebabkan ada beberapa aras, kemudahan Lif dan Tangga ada disediakan.
Maklumat yang dapat diperolehi dari Galeri ini agak banyak jika kita melihat kepada setiap pameran yang terdapat di setiap aras. Anda boleh memilih untuk fokus pada topik yang diminati kerana setiap aras akan memberikan pameran yang berbeza.
Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan Di Galeri Ini.
Kemudahan yang lengkap terdapat di Galeri ini seperti Tempat Parking Kenderaan, Dataran, Ruang Legar, Dewan Tertutup, Bilik Pameran, Pejabat, Kantin, Tandas, Surau dan lain-lain kemudahan asas. Keadaan kemudahan di sini adalah dalam bentuk Premium dan Eksklusif. Namun begitu, Kantin hanya dibuka pada hari-hari tertentu sahaja bergantung kepada bilangan pengunjung.
Sesuai Sebagai Lokasi Majlis & Acara.
Kemudahan yang terdapat di sini sangat lengkap dan sesuai untuk mengadakan aktiviti seperti Majlis Perkahwinan, Seminar, Kursus, Mesyuarat dan Pameran.
Dengan adanya tempat parking kenderaan yang luas, Dataran, Dewan Tertutup dengan panghawa dingin, Pentas, Bilik Pameran, Stor, Tandas dan kemudahan yang lain maka adalah sesuai untuk acara yang melibatkan ramai orang.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pejabat pentadbiaran untuk berbincang dan membuat tempahan bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di Galeri ini. Antara acara yang kerap dilakukan di sini adalah Majlis Perkahwinan dan Pameran.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
.
.
.
.
.
.
Sejarah-Sejarah Berkaitan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kemudahan Dewan Majlis & Acara
.
Comments
Post a Comment