Stesen Keretapi (Utiliti) Tapis Minyak, Port Dickson
.Bangunan Stesen Tapis Minyak yang sudah ditutupi oleh semak samun.
Jalan kecil (terus) untuk ke Stesen Tapis Minyak.
Stesen Keretapi Tapis Minyak adalah stesen khas untuk persinggahan tren yang membawa minyak diproses dari Loji Penapisan Minyak yang terletak berdekatan. Stesen ini bukan untuk menurunkan penumpang kerana ia adalah stesen utiliti. Terletak berdekatan dengan Loji Penapisan Utama minyak mentah iaitu Shell dan Esso (kini Petron).
Stesen Tapis Minyak bersaiz kecil sahaja dengan konsep pembinaan kayu. Tidak dapat dipastikan bila, namun dipercayai stesen ini dibina sekitar era 60an dan 70an apabila Loji Penapisan Minyak Esso dibina diikuti dengan Loji Penapisan Shell. Stesen ini semestinya telah mengalami banyak pengubahsuaian dan naiktaraf sejak ia mula dibina sehinggalah di peringkat akhir pengoperasian.
Terdapat lima laluan rel untuk menempatkan Gerabak keretapi termasuklah satu platform. Stesen ini mungkin tidak lagi digunakan sejak tahun 2008 apabila laluan Seremban-Port Dickson ditamatkan perkhidmatan. Terletak lebih kurang 4 KM dari Stesen Port Dickson, stesen ini memainkan peranan penting untuk membawa minyak diproses ke seluruh negara pada satu ketika dahulu. Lokasi stesen ini berada dalam kawasan Taman Haji Zainal dan berdekatan dengan Stor TNB di Port Dickson.
Terdapat laluan khas yang menghubungkan rel keretapi ke Loji Penapisan Petron yang sedikit panjang (lebih 500 meter). Satu lagi laluan penghubung khas untuk membawa tren gerabak ke Loji Penapisan Shell. Namun kedua-dua laluan penghubung tersebut semestinya sudah tidak lagi digunakan.
Dipercayai, kejadian kebakaran gerabak membawa Diesel pada tahun 2008 dan kewujudan lebuhraya Seremban-Port Dickson menyebabkan perkhidmatan stesen ini ditamatkan. Kini, Stesen Tapis Mintak terbiar sepi dan tidak lagi digunakan. Stesen ini dipenuhi dengan semak samun dan semakin dimamah oleh keusangan serta reput.
Dibiarkan sepi dan tidak lagi dilawati, apakah Stesen Tapis Minyak mungkin akan musnah ditelan waktu.
Jalan kecil ini untuk ke stesen. Rel keretapi di sebelah kanan sudah diliputi semak. |
.
.Bangunan stesen di sebalik pohoh di sebelah kiri tetapi sudah semak.
.Salah satu peralatan isyarat landasan yang masih wujud.
.Jahanam. Landasan sudah terbarai mungkin kerana ada yang mengusiknya.
.Sudah dibiarkan lebih 12 tahun maka pokok ini sudah tumbuh membesar.
Pandangan Dari Udara.
.Stesen ini terletak berdekatan dengan Stor TNB Port Dickson dan tidak jauh dari Taman PD Utama.
.Kelihatan landasan keretapi sudah terbarai dan terkeluar di bawah sana.
.Sebelum ini sepatutnya ada 5 laluan rel untuk menempatkan gerabak keretapi.
.Bangunan stesen terletak di sebelah kiri sebelum menara telekomunikasi tetapi sudah ditutupi semak samun.
.Dihadapan sana adalah Loji Penapisan Minyak Shell.
.Loji Penapisan Minyak Petron atau dahulunya Esso.
Comments
Post a Comment