Villa & Banglow Di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.
Simpang utama ke Kawasan Villa sebelah kiri. Sebelah kanan atau terus menuju ke Taman Eko Rimba Gunung Berembun. |
.
Pondok Pengawal yang sudah lama dibina di sini. |
.
Papan Tanda Villa yang terdapat di dalam ini. |
Terletak berhampiran dengan perkampungan Orang Asli, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jalan masuk ke sini adalah hampir sama dengan laluan untuk ke Taman Eko Rimba Gunung Berembun. Kawasan Villa ini adalah berbukit-bukit dan agak luas dan terdapat juga taman Agro disekitarnya. Terdapat dua pintu masuk utama ke kawasan Villa yang indah ini.
Villa-Villa ini dihubungkan oleh jalan-jalan kecil dan ada juga denai hutan. Terdapat kolam-kolam kecil yang wujud dipersekitaran Villa.
Villa atau Banglow di terdapat sini sebenarnya sudah lama wujud sejak dahulu lagi.
Apabila Loji Rawatan Air dibuka dan Taman Eko Rimba Gunung Berembun mula diperkenalkan, lokasi ini menjadi lebih popular. Semakin banyak Banglow & Villa baru yang dibina kerana lokasinya yang agak stratergik dan nyaman.
Terletak tidak jauh dari Taman Eko Rimba Gunung Berumbun adalah lokasi permulaan untuk merentas hutan ke Air Terjun Lata Berembun atau mendaki Gunung Berembun. Pengunjung juga boleh terus mandi sungai atau jeram yang terletak berdekatan dengan pondok Renjer & Loji Rawatan Air.
Kejadian remaja istimewa yang hilang pada tahun 2018 turut meningkatkan populariti lokasi ini hingga menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara.
Menginap di Villa ini akan memberikan pengalaman yang sangat menarik kerana ianya berada di dalam hutan rimba yang berbukit. Villa-villa dibina di atas bukit memberikan pengunjung satu pemandangan yang indah dari sini.
Kebanyakan Villa yang terdapat di sini disediakan dengan kemudahan Kolam Renang sambil bersantai menikmati pemandangan indah. Ramai artis atau orang VIP yang pernah menginap di Villa yang menarik ini kerana ingin merasai suasana kampung yang istimewa.
Pandangan Dari Udara.
Harga untuk menempah Villa ini agak mahal kerana ianya berada dalam kategori premium. Lokasi Villa ini bukanlah berada di tanah tinggi tetapi ianya dibina di atas bukit yang memberikan pemandangan yang memukau. Selain itu, lokasinya yang terletak di dalam hutan memberikan satu suasana nyaman, segar dan tenang.
.Banglow & Villa dibina di kawasan berbukit yang menarik.
Terdapat Kolam, Taman, Kebun dan lain-lain di sekitar.
.Menginap di setiap Banglow atau Villa ini akan memberikan anda satu pemandangan berbukit yang indah.
.Pemandangan indah Lembah Perkampungan Pantai & hutan.
Comments
Post a Comment