Laluan Bersejarah Keretapi Antara Seremban Ke Port Dickson. (Bahagian 2 : Penjelahan Laluan)

Dalam Bahagian 1, kita telah mengenali secara ringkas berkaitan dengan sejarah laluan keretapi Seremban ke Port Dickson sejak dari awal pembinaan hinggalah ke operasi terakhirnya.

Bahagian 2 pula akan membawa anda menjelajah secara lebih mendalam berkaitan dengan laluan bersejarah ini.  Kebanyakan gambar-gambar ini diambil pada tahun 2020 dan 2021. Jika gambar-gambar ini diambil antara tahun 2010 hingga 2015, mungkin keadaan landasan masih lagi baik. Namun apakan daya kerana kita tidak menjangka bahawa laluan ini akan ditamatkan perkhidmatan begini lama.

Namun begitu, gambar-gambar di bawah ini masih dapat memberikan anda gambaran situasi landasan ini suatu ketika dahulu. Sedikit maklumat yang perlu anda ketahui adalah:

-Jarak landasan keseluruhan sekitar 38 KM. Ada yang menyatakan 40KM.
-Jarak darat Seremban ke Port Dickson adalah sekitar 32 KM (Lebuhraya).



Laluan Ringkas Seremban - Port Dickson.
Stesen Seremban -> Rahang -> Rasah -> Mambau -> Kg Bemban -> Kuala Sawah -> Kg Sega Hulu ->(Sempadan Daerah PD)-> Ladang Salak Siliau -> Ladang Sawit Siliau/Port Dickson -> Stesen Tapis Minyak -> Loji Penapisan Shell -> Stesen Port Dickson.


Laluan Lebih Terperinci Seremban - Port Dickson seperti yang wujud sekarang. Dibahagikan kepada 9 Sektor.

Sektor 1 : Seremban & Rahang


-Stesen Keretapi Seremban.

.

 

.


-Melalui Rahang (bersama laluan ke Selatan/Gemas)

.

 

.

 


-Membelok ke Taman Bukit Rasah, tidak jauh dari Hospital Besar.

.

 

.



 .

 

.



Sektor 2 : Rasah


-Melalui mukim Bukit Rasah, Taman Bukit Rasah dan Kem Askar Rasah. Juga bersebelahan Kampung Pasir, Rasah.


-Merentasi sebuah Jalan Kecil berdekatan pekan Rasah.

.

 

.


-Melalui kawasan Kampung Dato Mansor.


 .

 

.



-Merentasi Jalan (kecil) Rasah dan melalui berdekatan dengan Masjid Jamek Datuk Bandar Haji Ahmad.

.

 

.


.


.



-Melalui kawasan Kampung Chedang, Rasah

.

 

.


-Merentasi (Jambatan Bawah) Lebuhraya Utara Selatan

.

 

.



Sektor 3 : Mambau


-Melalui kawasan Kampung Seri Mantau, Mambau

.


-Melalui kawasan Kampung Batu 3, Mambau


 



-Melalui belakang Balai Polis Mambau.



-Merentasi Jalan Seremban - Mambau dan Pekan Mambau

.

 

.

.

 

.

 


-Menyusuri kawasan Kampung Mawar di Mambau.

.

 

.



Sektor 4 : Kampung Bemban & Taman Angsamas, Mambau


-Merentasi Leburaya Seremban - PD dan kawasan semak serta Kelapa Sawit.

.

 

.

 

.


-Merentasi Jalan Denai Kampung Bemban ke Taman Angsamas/Kampung Bemban Hilir.

Jalan ini dahulu hanya merupakan denai kecil untuk melintasi landasan keretapi. Namun sekarang jalan raya kecil sudah dibina dan lori juga boleh melaluinya. Ia adalah jalan pintas menghubungkan Kampung Bemban dan Taman Angsamas.

 

.

Masih kelihatan rel landasan keretapi di sana merentasi jalan.

.

.

 


 

Sektor 5 : Kampung Kuala Sawah & Sega Hulu, Rantau

 
-Merentasi Loji Rawatan Air (Indah Water) Kuala Sawah serta kawasan semak

.

 


-Melalui kawasan Ladang Sawit & Semak di Kuala Sawah

Lokasi Ladang Sawit ini adalah selepas Loji Rawatan Air Indah Water dan sebelum Kampung Stesen di Kuala Sawah.

.

 

.

 


-Kampung Stesen, Kuala Sawah. *Terdapat Jambatan (Atas) laluan Keretapi di sini.

.

 

.

 

.

 

.

 

Lokasi ini di atas bukit berdekatan dengan Kampung Stesen, Kuala Sawah. Jalan raya sebelah kiri di bawah menghubungkan Kampung Bemban Hilir/Taman Angsamas dengan Kuala Sawah.

.

 

Landasan Keretapi di sini kelihatan sudah rosak teruk dan hanya batu yang tinggal.

.

Sudah tidak kelihatan lagi rel landasan yang sudah lenyap.

.

.

 

Di bawah sana adalah Jambatan Keretapi merentasi jalan ke Ladang Sawit di Kg. Stesen.

.

 

Landasan melepasi Kg. Stesen di Kuala Sawah dan menuju ke Kg. Sega Hulu melalui Ladang Sawit. Landasan betul-betul berada di tengah dan tidak kelihatan kerana dilitupi pohon.

 .

 

Mungkin nama Kampung Stesen ini diberikan kerana terdapat Hentian atau Stesen Keretapi Kuala Sawah berdekatan lokasi ini dahulu?.

.


-Melalui kawasan Ladang Sawit Kuala Sawah

Kawasan ini adalah Ladang Sawit di Kuala Sawah sebelum menuju ke Kg. Sega Hulu.

.

 

.

 

Melepasi kawasan Ladang Sawit ini seterusnya akan menuju ke Kg. Sega Hulu.

.


.


.
 

 

-Merentasi (Jambatan Atas) Jalan Kampung Sega Hulu, Rantau.

.


Jambatan keretapi merentasi jalan raya kecil di Kampung Sega Hulu, Rantau.

.

Pandangan dari udara, jalan ke Kg. Sega Hulu. Landasan berada di tengah dan tidak kelihatan kerana dilitupi semak.

.

 

 .

 


 .

Landasan berada di sebelah kiri sekali di tepi jalan tanah. Ia tidak kelihatan kerana sudah mendap dan diliputi semak. Lokasi di Kg Sega Hulu.

.

.


.


.


.

 

Di Kampung Sega Hulu terdapat banyak Ladang Getah dan Kelapa Sawit dimana landasan ini menempuhnya.

.

.

 

.


-Melepasi Kampung Sega Hulu menuju ke kawasan Ladang Sawit

Di bawah ini adalah kawasan hujung Kampung Sega Hulu. Lokasi landasan adalah di sebelah kiri jalan tanah yang paling kiri. Landasan tidak kelihatan kerana dilitupi semak.

.


.


.


.


Kelihatan rel keretapi yang sudah reput di kawasan ladang yang terletak di hujung kampung.

.

 

Laluan seterusnya melepasi kampung dan melalui Ladang Sawit yang luas menuju ke Siliau.

.



Sektor 6 : Siliau


-Melalui kawasan Ladang Sawit Salak, Siliau

Hujung sana adalah dari Kg. Sega Hulu dimana rel ini melalui Ladang Sawit dan kemudian menuju ke Siliau.

.


-Merentasi (Jambatan Atas) Jalan Rantau - Siliau.

 

Jalan Rantau - Siliau ada merentasi Jambatan Keretapi ini.


.

.

 

Tidak jauh dari Jambatan Keretapi tadi terdapat sebuah perumahan KTM. Mungkin dahulu Stesen Keretapi Siliau terletak tidak jauh dari sini.

.

 

.


-Melalui kawasan Ladang Sawit Siliau

 



Sektor 7 : Kawasan Ladang Kelapa Sawit Siliau/Port Dickson

 
-Melalui kawasan Ladang Sawit Siliau


-Merentasi (Jambatan Bawah) Lebuhraya Seremban - PD


-Melalui kawasan Ladang Sawit (Mungkin Ladang PD Lukut)

 



Sektor 8 : Tapis Minyak & Loji Penapisan Petron (dahulu Esso) dan Shell.

 
-Merentasi (Jambatan Bawah) Jalan Pantai & menyusuri Taman Port Dickson Utama


-Melepasi Stor TNB.

.


-Stesen Keretapi Tapis Minyak -> Ada laluan satu lagi ke Stesen Penapisan Petron

.


.


 


-Merentasi Jalan Pantai Cunningham

Lintasan Keretapi di Jalan Cunningham dimana jalan di hadapan sana akan menuju ke Loji Penapisan Minyak Petron (dahulu Esso).

.

Lintasan ini terletak tidak jauh selepas Stesen Utiliti Tapis Minyak. Terdapat simpang landasan yang menuju ke Loji Penapisan Minyak Esso.

.

 

.

 

.

 

 .

.


.


Pondok Penjaga Lintasan ini kelihatan masih cantik.

.

 

Laluan rel yang masih lagi kelihatan ini seterusnya akan menuju ke Loji Penapisan Minyak Shell.

.

.

 


-Pusing/Corner di Shell Refining Company

.


.


.


.


.


.


Selepas pusing di kawasan Loji Penapisan dan akan menuju menyusuri tepi Jalan Shell.

.



-Menyusuri Jalan Shell

Jalan Shell dimana terletaknya Loji Penapisan Minyak Shell. Landasan hanya terletak di belakang pondok sahaja di kawasan parking ini.

.

.

Terdapat kedai makan di kawasan parking ini bersebalahan dengan Jalan Shell dan Loji Penapisan Minyak Shell.

.

 


.

 

.

 

.


.



-Merentasi Jalan Shell

.

 

Lintasan keretapi & Pondoknya di Jalan Shell yang masih lagi kelihatan.

.

.

 

.

 

Jambatan khas ini merentasi Jalan Raya penting yang menghubungkan Seremban & Lukut ke pekan Port Dickson.

.



Sektor 9 : Pekan Port Dickson


-Merentasi (Jambatan Atas) Port Dickson Bypass sebelah Masjid Jamek Dato Haji Abdullah Sijang

Jambatan yang merentasi jalan raya di sebelah kiri dan tangga ini untuk menuju ke Masjid.

.

 

Laluan rel ini masih cantik dan seterusnya akan menuju ke pekan Port Dickson

.

 

.

 


-Memasuki Pekan Port Dickson

.


.


.




-Stesen Keretapi Port Dickson

.

 

.

 

Stesen Keretapi Port Dickson yang sudah usang tetapi masih teguh.

.

 

Mungkinkah Stesen kecil ini sudah berusia lebih 130 tahun sepertimana Stesen Seremban?

.

 

.


.




-Pelabuan & Jeti Terapung

.

 

 .

 

.

 

.

 

.

 

.

 

.



 


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang