Empangan Kelinchi, Kampung Belayat, Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pagar laluan masuk ke Empangan Kelinci yang ditutup kepada orang awam. |
Terletak di mukim Terachi, Kuala Pilah berdekatan Kampung Belayat. Empangan ini hanya terletak bersebelahan sahaja dengan empangan Talang. Sumber airnya mengkin berasal dari banjaran yang sama cuma kawasan bukit yang berbeza. Empangan Kelinchi saiznya besar sedikit berbanding Empangan Talang dengan kapasiti maksimum air adalah sekitar 58 juta meter padu (m3). Empangan ini dibina bertujuan untuk mendapatkan bekalan airnya dan bukan untuk penahan banjir.
Adakah sungai yang mengalir dari empangan ini adalah sungai Terachi. Mungkin juga walaupun Sungai Terachi kelihatan agak kecil sahaja. Selain Sungai Terachi yang menjadi punca takungan, Sungai Penoi & Sungai Kong turut menjadi punca wujudnya tasik empangan.
Tasik yang wujud hasil daripada empangan ini tidaklah begitu luas namun agak lebar juga dan sesuai untuk dijadikan lokasi memancing. Namun, kegiatan memancing di lokasi ini mungkin tidak lagi dibenarkan.
Jalan untuk ke Pintu Masuk empangan berdekatan dengan perkampungan orang asli. |
.
.
Dapat dilihat lokasi empangan agak jauh di sana walaupun kita berada di Pintu Masuk tadi. |
.
Comments
Post a Comment