Feri Ikonik/Klasik Pulau Pinang Yang Tinggal Kenangan.

Feri klasik Pulau Pinang telahpun berusia atau beroperasi hampir 136 tahun iaitu sejak tahun 1894 yang lalu. Namun pada 31 Disember 2020 yang lalu adalah merupakan hari terakhir perkhidmatan Feri ini beroperasi setelah sejak sekian lama. Perkhidmatan Feri ini bukanlah dihentikan secara menyeluruh, tetapi sebenarnya digantikan dengan jenis Feri yang baru.

Sejarah awal Feri tertua di Malaysia ini diusahakan kali pertama pada tahun 1894 oleh syarikat adik beradik Quah Beng Kee sebelum diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1924. Lembagai Pelabuhan Pulau Pinang telah melakukan naik taraf dan meningkatkan kapasiti Feri pada ketika itu. Kemudian pada tahun 1956, dua buah Jeti baru di lokasi seperti yang ada sekarang dibina iaitu Pengkalan Raja Tun Uda di Georgetown dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.


Sebelum itu, antara terminal atau laluan penting yang perlu diketahui oleh sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang adalah:
-Terminal Feri Butterworth (bersambung dengan Penang Sentral) atau dikenali dengan nama Pengkalan Sultan Abdul Halim.
-Terminal Feri Georgetown atau dikenali dengan nama Pengkalan Raja Tun Uda.
-Jambatan Lama Pulau Pinang.
-Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Perkhidmatan Feri Ikonik dan bersejarah ini merupakan pengangkutan wajib naik kepada sesiapa yang bercuti ke Pulau Pinang sepertimana mengunjungi Bukit Bendera/Penang Hill. Jika anda bukan orang Penang dan jarang datang ke sini, mungkin anda akan keliru bagaimana untuk menaiki Feri di Penang. Anda sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan Feri samaada dari Georgetown atau Butterworth dan sebaliknya. Bayaran hanya akan dikenakan jika anda menaiki feri dari Butterworth ke Georgetown sahaja (Tanah Besar ke Pulau). Situasi yang sama berlaku jika anda menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang dimana bayaran hanya dikenakan sehala sahaja iaitu dari Butterworth ke Pulau.

Selain menaiki Feri, pengunjung semestinya ingin melalui jambatan ikonik sejak sekian lama iaitu Jambatan Pulau Pinang. Sejak tahun 2013, Jambatan Kedua telah dibina dan pengunjung boleh memilih untuk menggunakan Jambatan kedua yang bermula dari Simpang Ampat/Batu Kawan ke Bayan Lepas.



Feri Baru Menggantikan Feri Lama

Perkhidmatan Feri masih ada untuk pejalan kaki dan penunggang motosikal tetapi tidak lagi untuk kenderaan dengan 4 roda seperti kereta. Feri baru dikatakan lebih mudah, pantas dan cepat walapun tidak lagi ada suasana santai seperti dulu.


Feri Klasik Yang Penuh Kenangan
Kini pengujung tidak boleh membawa kenderaan 4 roda menaiki Feri seperti dahulu. Feri baru yang diperkenalkan adalah berbentuk Feri penumpang seperti yang ada di Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. Pengunjung tidak lagi boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan indah seperti River Cruise yang telah dinikmati sejak sekian lama dari tahun 1894 hinga 2020. Segala kenangan Feri Ikonik ini hanya akan diabadikan dalam Video atau Gambar sahaja untuk tatapan generasi akan datang.

 

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Feri Ikonik dan Klasik ini. Namun begitu, semua ini hanya tinggal kenangan sahaja. Kenangan baru pula yang akan muncul.


Galeri-Galeri Di Penang Sentral, Terminal Feri Butterworth atau Pengkalan Sultan Abdul Halim.

.

 

.

 

.


.

 

.

 

.

 

.

 


 


Galeri-Galeri Dalam Feri Klasik.

 

.

 

.

 

.

 

.

 

.

 

.

 

.


.

 

.



Terminal Feri Georgetown atau dikenali dengan nama Pengkalan Raja Tun Uda.

.

 

.

 

.


.

 


.





.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3