Empangan Talang, Kampung Jeram, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Jalan masuk ke Empangan Talang yang ditutup kepada orang awam.


Teletak dalam mukim Tanjung Ipoh, Kuala Pilah berdekatan dengan Kampung Jeram. Empangan sederhana ini bukanlah yang terbesar di negeri sembilan dengan kapasiti maksimum airnya sekitar 40 juta meter padu (m3). Dikatakan fungsi asal empangan ini adalah sebagai penahan banjir pada awalnya sebelum ditambah dengan fungsi yang lain. Kini, empangan ini menjadi sumber bekalan air selain untuk pengairan untuk kawasan sawah berdekatan.

Empangan Talang adalah empangan yang penting dan lejen satu ketika dahulu kerana dari empangan inilah manjadi permulaan kepada Sungai Muar. Dengan lain perkataan, sebelum empangan ini dibina, Sungai Muar mengalir dari atas bukit/gunung dari lokasi ini sebelum ianya dihadang untuk takungan air.

Sungai Muar pula adalah sungai yang sangat terkenal satu ketika dahulu kerana ianya menjadi medium pengangkutan yang penting untuk perhubungan negeri-negeri antara N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Punca air empangan ini semestinya dari banjaran gunung dan bukit di Hutan Simpan Berembun yang agak luas. Banjaran ini juga merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa.

 

Simpang masuk ke Empangan Talang dari Jalan Besar Seremban-Kuala Pilah.

.

 

Pintu masuk ke Pagar Empangan dari udara berdekatan dengan kampung.

.

 

Pandangan dari udara tasik empangan ini yang dikelilingi oleh banjaran bukit dan gunung.
.


.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3