Jeram Gading Resort, Kampung Kongkol, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan
Pintu Pagar masuk ke Jeram Gading Resort di sebelah dalam. |
Laporan lawatan sebelum ini pada tahun 2019 mendapati lokasi ini ditutup kepada orang ramai. Hanya jeram sahaja yang terbuka dan boleh dikunjugi oleh orang awam. Terdapat sebuah lagi kem yang terletak di seberang sungai iaitu Kem Jaggernaut yang turut ditutup. Keadaan kemudahan dan resort juga kelihatan sudah lama ditinggalkan. Baca laporan lama di link ini.
Lawatan terbaru pada September 2021 yang lalu mendapati Jeram Gading Resort telah dibaikpulih dan dibuka kepada orang ramai. Selaras dengan perubahan Negeri Sembilan pada Fasa 4, pembukaan resort ini serba sedikit menarik pengunjung untuk datang ke lokasi yang agak terpencil ini.
Sejarah Jeram Gading Resort semestinya panjang kerana di lokasi ini terdapat Resort yang lama dan baru. Binaan Resort lama kelihatan ianya telah wujud sejak era 80an lagi sementara Resort baru mungkin dibina sekitar era 90an. Walaupun sudah dibaikpulih, tidak semua kemudahan di Resort ini dapat digunakan seperti dahulu kerana terdapat lokasi dimana kemudahan sudah rosak.
Lokasi Resort ini agak stratergik dan sesuai untuk aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Jeram Gading boleh diakses samaada dari Seremban atau Semenyih. Jarak dari Seremban adalah sekitar 60 ke 70 KM sementara dari Semenyih atau Hulu Langat mungkin juah sedikit. Namun semestinya agak menarik untuk datang ke sini jika anda belum pernah berkunjung.
Papan Tanda ini mungkin sudah berusia lebih 20 tahun. |
.
Papan Tanda Penerangan Tourism Malaysia yang terkenal sejak 90an dulu. |
.
Kemudahan Yang Disediakan.
Kemudahan yang terdapat di sini adalah Tempat Parking Kenderaan, Pejabat, Chalet, Tandas, Dewan Terbuka, Pondok Rehat, Surau & lain-lain. Pengunjung yang ingin menginap atau melakukan aktiviti di Resort ini bolehlah datang ke pejabat yang terletak berdekatan dengan pintu masuk bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tempahan dan bayaran akan dikenakan kepada pengunjung berdasarkan aktiviti dan kemudahan yang ingin digunakan.
Terdapat lagi kemudahan-kemudahan yang sudah usang dan tidak lagi digunakan seperti Jambatan Gantung yang terletak berdekatan dengan kem ini. Jambatan itu telah pun ditutup kerana sudah usang dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sebalik jambatan tersebut turut tidak lagi digunakan. Antara kemudahan yang terdapat di seberang sungai adalah Pondok Rehat dan Tandas yang sudah rosak.
Kelihatan juga ada kemudahan denai atau laluan masuk ke hutan yang wujud di seberang sungai. Laluan denai dan tangga batu yang dibina kelihatan sudah usang dan semak. Mungkin boleh dilalui laluan ini jika ditebas semak samun atau dibaikpulih. Daripada gambar yang diambil, dapat dilihat bahawa laluan denai ini sudah lama tidak digunakan. Tidak dapat dipastikan kemanakah haluan denai ini dan berapakah jaraknya ke dalam hutan kerana tiada peta yang kelihatan.
Waktu Operasi Pejabat & Nombor untuk dihubungi. |
.
Dewan Terbuka yang bersaiz tidak begitu besar. |
.
Kemudahan Chalet & Tempat Berehat. |
.
Pondok Rehat, Kerusi/Meja & Tempat Memasak BBQ. |
.
Terdapat banyak Chalet tersedia di Resort ini dalam berbagai saiz. |
.
Kemudahan Surau & Tandas luar turut tersedia untuk pengunjung yang ramai. |
.
.
Resort ini juga mempunyai halaman & kawasan lapang untuk aktiviti berkumpulan. |
.
Pintu pagar untuk ke Jambatan Gantung lama yang sudah usang ditutup. |
.
Pemandangan Sungai Kongkoi & Jeram Gading dilihat dari Resort. |
.
Di seberang sungai, ada kemudahan-kemudahan Resort yang sudah rosak. Sila baca dan lihat gambar seterusnya. |
.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kawasan Kem yang boleh dianggap bersaiz sederhana ini. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam Kem ini seperti Dewan Terbuka, Chalet, Pondok Rehat dan lain-lain memboleh aktiviti berkumpulan boleh dilakukan seperti:
-Hari Keluarga, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat dan lain-lain.
-Berkhelah, berehat & bersantai di dalam kem.
Di sebelah kem ini terdapat aliran Sungai Kongkol dan juga Jeram Gading yang semestinya sesuai untuk aktiviti bermandi manda, berkhelah, dan bersantai. Kawasan jeram ini adalah kawasan awam dan semua pengunjung boleh melawatinya.
Tidak jauh dari lokasi Jeram Gading Resort juga terdapat banyak lagi daya tarikan lain seperti Kebun, Perkampungan Orang Asli, Hutan, Kem-Kem lain dan sebagainya yang turut boleh dikunjungi. Namun anda memerlukan pengangkutan untuk ke sana. Antara lokasi menarik lain yang terletak berdekatan adalah Kampung Chennah, Kempung Orang Asli (Kg. Esok & Tohor), Air Terjun Lata Kijang, Taman Negeri Kenaboi & Kem Perjuangan.
Laluan tangga untuk ke sungai dan ke denai hutan. |
.
Tangga batu usang ini mungkin sebahagian daripada kemudahan Resort untuk merentas jambatan dan masuk ke hutan tetapi sudah semakin semak. |
.
Pondok Rehat & Tandas di seberang sungai yang sudah roboh. |
.
Jambatan Gantung dari Resort untuk ke denai hutan yang sudah rosak. |
.
Sungai Kongkoi & Jeram Gading.
Daya tarikan penting di sini semestinya Sungai Kongkoi yang mengalir dari banjaran gunung yang tidak jauh dari lokasi ini. Banjaran gunung tersebut anda boleh lihat sekiranya melalui jalan berbukit yang merentasi hutan dari Semenyih ke Kuala Klawang. Sungai Kongkoi mengalir di bawah gaung berdekatan dengan jalan.
Wujudnya jeram dan kolam mandi di kawasan ini menyebabkan ia menjadi lokasi menarik untuk bermandi manda dan berkhelah. Walaupun tidak luas, jeram ini masih seronok untuk dikunjungi kerana ada lagi kawasan mandi di bahagaian atas dan bawah.
Jambatan Gantung membolehkan pengunjung menyeberangi sungai dari atas sambil melihat pemandangan indah. Tetapi kewujudan jambatan ini mungkin juga bertujuan untuk pergi ke Kem Jaggernaut yang berada di seberang sana.
.
Jambatan Gantung ke Kem Jagernaut yang semakin usang. |
Kem Jaggernaut.
Lawatan pada September 2021 mendapati kem ini bukan sekadar ditutup, malah sudah tidak lagi terjaga. Kelihatan banyak peralatan penting dan khusus telah dibawa keluar dan yang tinggal hanyalah bangunan yang semakin usang. Kem ini baru dibuka pada tahun 2019 yang lalu dan akibat Covid yang melanda pada awal tahun 2020 hinggalah sekarang, operasi kem ini tergendala.
Lokasi Kem Jaggernaut sememangnya stratergik dan bersesuaian kerana mudah di akses dari jalan besar dan berada di kawasan rekriasi yang menarik. Kem ini bersaiz sederhana dan kelihatannya kemudahan yang tersedia agak lengkap. Mungkin pada masa akan datang, kem ini akan dipulihkan semula.
Resort Lama Yang Masih Wujud.
Mungkin binaan Resort lama yang terletak bersebelahan Resort baru adalah kemudahan terawal yang wujud sebelum tahun 90an dahulu. Biarpun tidak lagi digunakan, namun bangunan kayu yang wujud di sini serba sedikit memberikan kenangan tentang suasana suatu ketika dahulu. Sila lihat galeri-galeri di bawah:
.
.
.
.
Comments
Post a Comment