Posts

Showing posts from November, 2019

Melawat Muzium-Muzium di Bandar Melaka Dalam Masa Sehari.

Image
Muzium2 dan Galeri di bawah kelolaan PMM sahaja sudah hampir 30 buah!! Jika anda tidak tahu atau belum tahu, negeri Melaka mempunyai muzium dan galeri yang sangat banyak iaitu melebihi 30 puluh buah (mungkin sekitar 35). Ini tidak termasuk muzium atau galeri tambahan/persendirian dan swasta yang tidak didaftarkan.  Tidak mungkin anda mampu mengunjungi kesemua Muzium dan galeri tersebut. Atau tidak mungkin mampu dalam sehari dua. Lihat sahaja senarai muzium2 yang begitu banyak: Muzium Pemerintahan Demokrasi Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka Muzium Pendidikan Melaka Galeri Laksamana Cheng Ho Galeri Golf Melaka Muzium Samudera   Muzium Samudera Fasa 2 Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia Muzium Belia Malaysia dan Balai Seni Lukis Melaka Galeri Seni Rakyat Muzium Rakyat, Layang2, Kecantikan dan Galeri 3D Muzium Islam Melaka Muzium Orang Asli Muzium Adat Istiadat Muzium Pertanian Galeri Demang Abdul Ghani Muzim Chetti Muzium Al-Quran Melaka Galeri Ketua Mente

Tempat-Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Image
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 & Tahun Melawat Negeri Sembilan 2020, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini. Daripada keindahan alam sehingga melawat ke tempat-tempat bersejarah yang pasti dapat mengisi masa anda dengan se-maksimum yang mungkin.  Negeri Sembilan adalah gabungan 9 buah Luak Adat yang bergabung lalu membentuk Negeri Sembilan. Sebuah negeri yang terkenal dengan Adat Perpatihnya. Sekiranya anda berkunjung ke Negeri Sembilan. Tempat-tempat menarik yang biasa dikunjungi (Hot-Spot) adalah: 1. Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau. 2. Gunung Angsi dan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. 3. Hutan Lipur Tanjung Tuan, Rumah Api & Bukit Batu Puteh, Port Dickson. 4. Pantai Teluk Kemang, Pantai Burung & Blue Lagoon, Port Dickson. 5. Gunung Berembun & Lata Berembun, Jalan Pantai, Seremban. 6. Muzium Negeri, Seremban. 7. Muzium Tentera Darat, Port Dickson. 8. Muzium Adat di Jelebu. Negeri Sembilan adalah neger