Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu

Bangunan Muzium yang terletak di pekan Jelebu berdekatan dengan simpang 4 lampu isyarat.



Merupakan muzium terpencil kerana kedudukannya di pekan yang jauh dari Bandar iaitu 50KM dari bandar Seremban, muzium ini sebenarnya ada mengandungi koleksi pameran yang menarik. Tambahan pula ia adalah empat tingkat, banyak koleksi pameran dan galeri yang dipaparkan terutama berkaitan dengan adat dan budaya. Penerangan juga menjurus kepada adat seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak), dan Negeri Sembilan khususnya. Muzium ini diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia dan bukan oleh Jabatan Muzium Negeri.


Waktu Melawat



Selamat Datang


Terdapat empat Galeri utama berdasarkan empat aras iaitu Galeri Pengenalan Adat, Galeri Kitaran Hidup, Galeri Intelektual, Tradisi & Pemerintahan dan Galeri Adat Perpatih. Terdapat lif dan tangga yang menghubungkan setiap aras. Kemudahan2 yang terdapat di muzium ini termasuklah tandas, tempat parking, perpustakaan mini, surau, dan mini stage. 
Gambar-gambar berikut menggambarkan koleksi muzium ini: Selamat Melawat.

Tingkat Bawah (Galeri Pengenalan Adat)

Memberi pengenalan tentang budaya dan adat masyarakat Malaysia secara keseluruhan. Tidak kira Melayu, Cina dan India termasuklah masyarakat di Sabah dan Sarawak.
















Tingkat Satu (Galeri Kitaran Hidup).

Aras satu menerangkan tentang adat dalam kitaran hidup masyarakat iaitu sejak dari lahir, perkahwinan, kematian dan aktiviti berkaitan ekonomi. Ia merangkumi masyarakat di Malaysia secara amnya. Ini juga melibatkan Adat2 Ritual dan Manifestasi Muzikal.





























Tingkat Dua (Galeri Intelektual, Tradisi & Pemerintahan).

Sejarah-sejarah budaya Melayu dan diraja. Terdapat sedikit galeri diraja dan sejarah ringkas sistem diraja Malaysia. Penerangan tentang Manuskrip Melayu, Batu Bersurat dan Cerita2 Rakyat terdapat di sini.







 









Tingkat Tiga (Galeri Adat Perpatih).

Adat2 utama di Negeri Sembilan dan sejarahnya. Asal usul kadatangan orang2 Negeri Sembilan. Sistem pentadbiran dan pemerintahan tradisional yang diamalkan di Negeri Sembilan.







 







 


 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang