Pusat Edu Eco-Tourism Sungai Menyala (Eco Tourism Centre)


Pintu Masuk ke Pusat Edu-Eco Tourism Sungai Menyala.

Merupakan Pusat Penyelidikan Perhutanan dan Pelancongan, daya tarikan utama pusat ini adalah Denai Hutan, Pameran dan Galeri Perhutanan. Namun begitu, aktiviti kekeluargaan dan lawatan agak terhad kerana fokus utama pusat ini dilihat lebih tertumpu kepada penyelidikan dan kajian perhutanan.

Terletak 30KM dari bandar Seremban dan 12KM dari pekan Port Dickson. Merupakan Hutan Dipterokap Pamah yang masih ada di Pantai Semenanjung Malaysia.




Pejabat Utama


Gambaran dari atas


Terdapat dua galeri utama di pusat ini iaitu Galeri Orang Asli dan Galeri Perhutanan. Galeri orang asli menceritakan tentang suku Temuan yang terdapat di sekitar kawasan ini. Begitu juga dengan Galeri Perhutanan yang banyak menceritakan tentang Kayu Meranti Merah dan Keruing. Masuk adalah percuma dan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.


Galeri Orang Asli.














Galeri Perhutanan.





Herba popular


Aktiviti-aktiviti Lain.

Antara akitivi2 yang boleh dilakukan disini adalah:
- Berbasikal dan berjoging
- Merentas Hutan melalui denai-denai yang menarik.
- Melawat galeri2 yang ada
- Bergambar
- Membuat kajian perhutanan jika anda mempunyai kepakaran


Peta panduan dan peraturan.


Jalan masuk ke denai.



Hutan lipur ini kurang dilawati pengunjung kerana tidak banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan. Ianya lebih kepada Pusat Kajian Perhutanan dan agak sesuai untuk melaksanakan kem bina semangat dan kem motivasi. Dari segi kemudahan memang sangat mencukupi kerana terdapat banyak bilik penginapan yang selesa, Dewan Taklimat, Perpustakaan, Dewan Terbuka, Dewan Makan, Bilik Mesyuarat dan Pejabat. Selain itu, terdapat surau, tandas, dan tempat parking yang luas. 



Bilik Penginapan yang selesa.

Dewan-dewan.


Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masa lapang boleh lah melawat pusat ini ataupun jika tiada masa, anda boleh baca website/blog ini sahaja dan sudah mencukupi.

Untuk ke sini ,anda perlu melalui lebuhraya Seremban Port Dickson sehingga menemui simpang empat yang mempunyai lampu isyarat. Ambil kiri dan pandu sejauh 3KM untuk sampai ke pintu masuk pusat Edu Eco-Tourism ini. Selamat Melawat.



(C) Copyright 2019. NSTOS. 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3