Taman Eko Rimba Ulu Bendul (Ulu Bendul Eco-Tourism Forest)



Hutan Lipur Ulu Bendul terletak kira-kira 24 KM dari bandar Seremban (15 KM dari pekan Kuala Pilah) dan merupakan hutan lipur paling popular dan terawal di Negeri Sembilan. Daya tarikan utama hutan lipur ini adalah Air Terjun (Sungai Batang Terachi) dan Gunung Angsi.

Selamat Datang Ke Ulu Bendul. Kawasan rekreasi ini sangat luas dan ada banyak kemudahan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan.


Antara daya tarikan utama adalah kolam mandi besar

Air terjun yang tenang dan kawasan berkhelah yang luas



Sekiranya anda singgah disini, aktiviti yang dapat dilakukan adalah:
- Mandi manda di kolam atau air terjun.
- Berkhelah dan BBQ sambil mandi manda.
- Rekriasi di taman.
- Mengambil gambar atau Fotografi.
- Melawat Taman Ular dan Taman Herba
- Makan-makan atau minum teh di kedai makan.
- Merentas hutan.
- Jika mampu, boleh mendaki Gunung Angsi


Papan tanda kemudahan ada di mana-mana

Kedai makan, gerai dan tandas yang banyak.


Masakan Negeri Sembilan tersedia. Ada banyak menu menyelerakan.


Kemudahan yang terdapat disini:
- Surau (ada 2 sebenarnya)
- Tandas (lebih daripada 4 tandas)
- Kedai makan & Gerai
- Chalet & Asrama
- Parking kereta. Agak terhad ketika waktu puncak. 
- Tapak Perkhemahan & Wakaf (pondok)
- Tempat memasak
- Pejabat dan Pusat Infromasi


Pejabat Hutan dan Pentadbiran. Dibuka waktu pejabat sahaja. Daftar aktiviti pendakian disini.


Hutan Lipur ini mempunyai kemudahan untuk menganjurkan aktiviti Team Building, Kem Motivasi, Rekriasi dan sebagainya. Malah, acara pertandingan larian dan pendakian peringkat negeri pernah diadakan disini iaitu Angsi Challenge 2018.

Adakah operasi di hutan lipur ini 24 jam?? Secara amnya, hanya pada waktu siang sahaja.
- Kedai makan hanya buka sehingga lewat petang.
- Operasi gerai hanya waktu siang.
Tetapi bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sekiranya aktiviti bermalam dilakukan, kemudahan boleh dibuka kepada waktu malam.



Melawat Taman Ular & Herba

Sekiranya anda mempunyai masa boleh melawat ke taman ular dan haiwan. Taman Herba terletak bersebelahan sahaja. Apa yang menarik di taman ular adalah seperti dalam gambar di bawah.


Pintu Masuk Taman Ular dan Haiwan



Taman Herba. Sesiapa yang suka mengkaji herba boleh melawat.





Baca sedikit pengenalan tentang haiwan reptilia ini.


Galeri Ular hanya dibuka pada waktu cuti & ramai pengunjung sahaja


Rumah-rumah Ular


Terus ke atas untuk ke taman haiwan


Terdapat pameran haiwan lain seperi Ayam Kampung, Burung dan Landak


Landak merupakan daya tarikan baru di sini


Selamat berkunjung ke Taman Eko Rimba Ulu Bendul.



(C) Copyright 2019. NSTOS.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3