Posts

Showing posts from March, 2021

Tempat-Tempat Menarik Jalan Lama Genting Sempah ke Bentong, Pahang

Image
Walaupun kebanyakan orang akan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, tetapi terdapat sebilangan kecil akan melalui jalan lama ini atas sebab-sebab tertentu. Jika anda melalui Jalan Lama dari Gombak ke Genting Sempah, kebanyakannya adalah dalam kawasan Daerah Gombak dan hutan. Sementara Jalan Lama Genting Sempah ke Pekan Bentong pula keseluruhannya melalui Daerah Bentong, Pahang. Dari Genting Sempah (kebiasaannya R&R), anda akan melalui Simpang ke Janda Baik, Kampung Bukit Tinggi, Laluan Bengkang Bengkok tepi hutan/sungai dan seterusnya pekan Bentong. Laluan ini adalah sepanjang hampir 30KM. Berikut adalah laluan yang akan anda tempuhi apabila melalui Jalan Lama ini (bermula dari R&R Genting Sempah): -Kampung Janda Baik (lalu sahaja simpang tiga). -Kampung & Pekan Bukit Tinggi. -Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi. -Air Terjun di Selekoh KM ? -Kem-Kem & Resort di tepi jalan -Pondok Waris -Bentong Hotspring & Kolam Air Panas Bentong -Simpang ke Sungai Per

Jalan Baru Lebuhraya Karak - Bentong - Raub - Lipis Dalam Pembinaan.

Image
Jalan baru yang bermula dari Lebuhraya Karak hingga ke Lipis dalam pembinaan. Laluan ini akan bermula selepas susur keluar Tol Bentong (jika dari KL) dan akan melalui Daerah Bentong, Raub dan Lipis.  Anda boleh melihat pembinaan laluan ini jika melalui Lebuhraya Karak (dari pekan Karak ke Bentong). Atau jika anda melalui jalan lama Lebu & Mempaga, boleh juga melihat pembinaannya. Difahamkan, laluan ini akan bersambung dengan laluan baru Gua Musang - Kuala Lipis yang sudah siap. Ini akan memudahkan pengguna yang ingin ke Kelantan tanpa perlu lagi melalui pekan Bentong dan Raub. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini. . Lebuhraya Karak. Terus sana menghala ke Karak & Kuantan. . Pembinaan Persimpangan Jalan Baru yang diakses dari Lebuhraya ini. . Masih banyak lagi pembinaan yang perlu dilakukan. . Mungkin pembinaan Jalan Baru ini sedikit sebanyak akan memusnahkan hutan. Namun apakan daya, bilangan kita yang semakin bertambah memerlukan jalan raya yang lebih besar.

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3

Image
Dari Peta Pendakian, anda sekarang berada di Laban Rata (KM6). Baiklah, anda telah mengetahu operasi pendakian anda yang bermula dari Kinabalu Park pada Bahagian 1 . Kemudian anda memulakan pendakian dari Timpohan Gate ke Laban Rata pada Bahagian 2 . Anda seterusnya berehat dan bermalam di Campsite Laban Rata. Seterusnya adalah Bahagian 3... Meneruskan Pendakian Dari Laban Rata Ke Puncak. Sekarang anda sudah berada di Laban Rata yang merupakan Camp Site atau Rumah Rehat/Asrama sementara untuk menunggu perjalanan ke puncak. Laban Rata adalah lokasi KM6 sementara Puncak Gunung Kinabalu berada pada KM8.72. Bermaksud, ada sekitar 2.72 KM lagi perjalanan anda. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah sekitar 4 jam. Kebiasaannya, pendaki akan tidur awal pada jam 9 malam dan akan bangun awal untuk mendaki pada jam 1 hingga 2 pagi nanti. Mengapa perlu mendaki awal? Ini disebabkan pada waktu awal pagi, angin bertiup di kawasan puncak tidak begitu kuat. Pendaki perlu mendaki dan berada di

Sudut Durian di Negara Kita Malaysia.

Durian, memang tidak perlu lagi diperkenalkan Raja Buah ini. Tidak perlu juga diceritakan rasanya kerana anda sudah tahu. Yang kita semua memang pakar adalah makan durian tersebut.  Kita agak mahir juga adalah membeli Durian. Jika ada duit lebih. Kebanyakan kita mugkin tahu antara jenis Durian yang popular adalah Musang King, D24 dan Durian Kampung. Apakah Sebenarnya Durian? Sejenis buah buahan tempatan yang bermusim. Juga terdapat dan ditanam di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama saintifiknya adalah Durio Zibethinus L. Jenis-Jenis Durian Mungkin satu ketika dahulu hanya jenis Durian Kampung seperti Durian Tembaga dan Durian Hutan yang wujud. Tetapi kini Durian Klon dan Hybrid seperti D197 (Musang King), D24 dan D101. Durian Klon mempunyai rasa dan kualiti yang lebih baik. Perkara-Perkara Penting Berkaitan Durian. -Kualiti Durian memainkan peranan penting dalam pemilihan Durian terutama untuk komersil. -Lokasi Penanaman Durian. Negeri Pahang, Johor, Perak, Kedan dan N.Sembilan

Sungai Perting Pandak, Jalan Bukit Tinggi - Bentong, Pahang.

Image
Sungai Perting Pandak. Pernahkah anda mendengan Air Terjun Lata Hammer? Ianya memang terletak di Bentong, Pahang. Air Terjun Lata Hammer perlu diakses melalui sebuah kem atau lokasi perkhemahan dikenali juga dengan nama Kebun Ayah. Jalan akses ke sini perlu melalui Jalan Lama Bukit Tinggi ke Bentong dan bukannya boleh diakses terus di Lebuhraya. Sungai Perting Pandak adalah sungai yang mengalir dari Air Terjun Lata Hammer sehinggalah ke Jalan Utama. Tetapi jika mahu ke Lata Hammer mungkin agak jauh dan anda perlu merentas hutan hampir sejam. Jika malas, anda juga boleh terus berkunjung ke Sungai Perting Pandak yang terletak tidak jauh dari jalan utama. Terdapat kawasan perkhelahan kecil di sini untuk anda singgah jika mahu bermandi manda dan berkhelah jangka pendek. Tetapi tiada kemudahan asas terdapat di sini kerana lokasi ini hanyalah hentian persinggahan sahaja. Bolehlah jika anda mahu singgah sekejap melihat keindahan sungai atau mahu bermandi-manda. Sekiranya anda mahu lebih menar

Kedai Nangka Madu, Lurah Bilut, Jalan Bentong - Raub, Pahang.

Image
Pernahkan anda mendengar Nangka Madu? Cempedak menjadi Nangka adalah pepatah yang biasa digunakan. Buah Nangka memang ramai yang tahu tetapi Nangka Madu mungkin mempunyai rasa yang lebih istimewa. Sepertimana perbezaan antara buah Mangga dengan Harum Manis Perlis. Sebelum tahun 2015, tidak banyak kedai-kedai menjual Nangka Madu di Jalan Utama Bentong ke Raub tetapi kini semakin banyak. Lokasi Kedai Nangka Madu kebiasaannya terletak di tepi jalan sahaja dan kebanyakannnya terletak berhampiran dengan Felda Lurah Bilut. Apakah Felda Lurah Bilut menjadi lokasi penanaman utama Nangka Madu? Jika anda ingin mengetahui bagaimana rasa Nangka Madu, bolehlah singgah kedai-kedai di tepi jalan berhampiran Felda Lurah Bilut. Ada kedai yang anda boleh singgah makan di sana dan ada juga kedai sekadar untuk bungkus dan bawa. .

Raub Daerah Durian Musang King, Pahang

Image
Papan Tanda Lama Raub sebagai kawasan alam semulajadi. . Papan Tanda Baru Raub sebagai Medan Durian Musang King. Jika dahulu, Raub merupakan salah satu daerah di Negeri Pahang yang terkenal dengan jolokan keindahan alam semulajadi seperti Hutan dan Air Terjun. Kini, Raub lebih terkenal dengan penanaman Durian terutama jenis Musang King. Sejak lebih 10 tahun yang lalu, penanaman dan pengeluaran Durian Musang King telah meningkat dengan mendadak di Daerah Raub. Jika anda pernah melalui jalan Raub/Bentong ke Bukit Fraser, anda akan melihat banyak Ladang Durian di kawasan itu. Jika anda sering malalui jalan raya antara Bentong - Raub atau berhampiran, akan terdapat banyak Restoran atau Medan Selera yang menjadikan Durian sebagai sajian utama. Fenomena ini sebenarnya tidak begitu ketara pada era 2010 atau 2000. Kini, Durian telah menjadi satu sajian yang mempunyai populariti yang lebih hebat dengan peminat yang tidak pernah putus. Hanya sejak perlaksanaan PKP tahun 2020, populariti Medan Se

Muzium Felda, Felda Lurah Bilut, Raub, Pahang.

Image
Pagar masuk halaman Muzium Felda yang kelihatan begitu lesu pada zaman PKP ini. Felda adalah syarikat besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Felda Lurah Bilut mungkin kurang terkenal jika dibandingkan dengan nama-nama Felda terbesar yang lain seperti Felda Jengka atau Felda Orang Kaya LBJ. Tetapi ia adalah kawasan Felda yang terawal pernah diwujudkan di Malaysia. Di Felda Lurah Bilut terdapatnya Muzium Felda. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti Tandas dan Surau. Kawasan Parking kenderaan kelihatan agak terhad tetapi mungkin anda boleh parking di pejabat felda yang terletak di sebelah muzium. Apakah yang terdapat di Muzium Ini? Muzium ini terbahagi kepada empat bahagian atau seksyen. Ia menerangkan peringkat permulaan Felda Lurah Bilut ditubuhkan sehinggalah ianya mengorak langkah kemajuan hingga ke hari ini. Jika anda berkelapangan, bolehlah singgah di Muzium ini yang menerangkan lebih banyak tentang sejarah Felda terutamanya Felda Lurah Bilut.   Waktu operasi Muzium Fel

Restoran Lemang To'Ki, Pekan Bentong, Pahang

Image
Restoran yang sangat popular dan terkenal ini terletak di Bentong, Pahang iaitu tidak jauh dari pekan Bentong. Bagi orang Bentong atau yang sering melalui jalan ini, mereka sudah biasa singgah di sini. Terletak di tepi jalan utama antara Bentong ke Raub, Restoran ini hanya terletak kira-kira 2 KM dari pekan Bentong. Bermaksud, anda akan jumpa restoran ini selepas pekan Bentong jika dari Kuala Lumpur. Daya Tarikan. Apakah yang menarik dengan Restoran Lemang To'Ki? Semestinya hidangan atau makanannya yang sangat menyelerakan. Selain Lemang dan Rendang, banyak jenis makanan yang terdapat di sini seperti nasik campur, masakan panas, masakan panggang, cendol, dan lain-lain. Ruang Restoran juga agak luas dan banyak meja. Anda boleh datang membawa keluarga dan sahabat yang ramai untuk menikmati hidangan di sini. Satu lagi daya tarikan yang penting adalah harga yang amat berpatutan di restoran ini. Jika mahu tahu, lebih baik anda sendiri datang dan mencuba. Jika dahulu, suasanan di Restor