Kedai Nangka Madu, Lurah Bilut, Jalan Bentong - Raub, Pahang.

Pernahkan anda mendengar Nangka Madu? Cempedak menjadi Nangka adalah pepatah yang biasa digunakan. Buah Nangka memang ramai yang tahu tetapi Nangka Madu mungkin mempunyai rasa yang lebih istimewa. Sepertimana perbezaan antara buah Mangga dengan Harum Manis Perlis.

Sebelum tahun 2015, tidak banyak kedai-kedai menjual Nangka Madu di Jalan Utama Bentong ke Raub tetapi kini semakin banyak.

Lokasi Kedai Nangka Madu kebiasaannya terletak di tepi jalan sahaja dan kebanyakannnya terletak berhampiran dengan Felda Lurah Bilut. Apakah Felda Lurah Bilut menjadi lokasi penanaman utama Nangka Madu?

Jika anda ingin mengetahui bagaimana rasa Nangka Madu, bolehlah singgah kedai-kedai di tepi jalan berhampiran Felda Lurah Bilut. Ada kedai yang anda boleh singgah makan di sana dan ada juga kedai sekadar untuk bungkus dan bawa.



.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang