Kampung Lentang, Lebuhraya Karak - Bentong, Pahang.


Selekoh terletaknya R&R Lentang & Kampung Lentang


Terdapat sebuah kampung kecil atau lokasi dimana anda tidak tahu (atau tidak sedar) kewujudan lokasi tersebut walaupun anda melalui tidak jauh di kawasan itu. Kawasan itu terletak berdekatan dengan Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur antara Bukit Tinggi ke Bentong. Kawasan itu adalah Kampung kecil Lentang.

Kebiasaannya, sesiapa yang melalui lokasi ini hanya mengetahui terdapat kawasan Hentian Lentang sahaja. Tiada siapa yang mahu singgah ke Hentian Lentang kerana tidak ada apa-apa kemudahan yang terdapat di lokasi ini kecuali kedai makan yang selalu tutup. Namun, ada sebahagian kecil kita mengetahui kewujudan Hutan Lipur Lentang dan Masjid Lentang yang terletak di kawasan ini. 

Hutan Lipur Lentang semestinya menarik untuk dikunjungi jika anda meminati aktiviti berkaitan dengan perkhelahan alam semulajadi. Manakala Masjid Lentang pula boleh dikunjungi untuk sembahyang jika anda melalui lokasi ini.

Apa yang terdapat di sekitar kawasan ini? Sila lihat carta di bawah ini:

-Masjid Lentang

-Hutan Lipur Lentang

-Pusat Kajian Perhutanan

-Sekolah Kebangsaan Lentang

-Hentian Sebelah Lentang

-Lokasi pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Benus, Sungai Tanglir dan Sungai Kesyar.

Apa yang menarik adalah anda tidak akan mengakses kawasan ini melalui jalan lama. Tetapi laluan lebuhraya lebih mudah digunakan untuk mengakses lokasi ini.


Di R&R Lentang juga terdapat Sungai di sebelah sana.

Kelihatan di bawah sana, tiga sungai bertemu di lokasi ini.
.

Di hadapan sana adalah Pusat Kajian Perhutanan dan sebelah kanan kelihatan simpang ke Masjid Lentang.

.


Apakah yang terdapat di Pusat Kajian Perhutanan ini?
.


Kawasan Hentian Sebelah Lentang

Tidak ada kemudahan menarik yang terdapat di Hentian Sebelah Lentang kecuali Kedai Makan dan Tandas. Biasanya pemandu lori akan memilih lokasi ini untuk minum Teh Tarik dan berehat sebelum mendaki bukit di kawasan Bukit Tinggi. Sila lihat galeri-galeri di bawah ini:

.

.

.


.


.



.
.

.

.

.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang