Jalan Baru Lebuhraya Karak - Bentong - Raub - Lipis Dalam Pembinaan.



Jalan baru yang bermula dari Lebuhraya Karak hingga ke Lipis dalam pembinaan. Laluan ini akan bermula selepas susur keluar Tol Bentong (jika dari KL) dan akan melalui Daerah Bentong, Raub dan Lipis. 

Anda boleh melihat pembinaan laluan ini jika melalui Lebuhraya Karak (dari pekan Karak ke Bentong). Atau jika anda melalui jalan lama Lebu & Mempaga, boleh juga melihat pembinaannya.

Difahamkan, laluan ini akan bersambung dengan laluan baru Gua Musang - Kuala Lipis yang sudah siap. Ini akan memudahkan pengguna yang ingin ke Kelantan tanpa perlu lagi melalui pekan Bentong dan Raub.


Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini.

.

Lebuhraya Karak. Terus sana menghala ke Karak & Kuantan.
.

Pembinaan Persimpangan Jalan Baru yang diakses dari Lebuhraya ini.
.

Masih banyak lagi pembinaan yang perlu dilakukan.
.


Mungkin pembinaan Jalan Baru ini sedikit sebanyak akan memusnahkan hutan. Namun apakan daya, bilangan kita yang semakin bertambah memerlukan jalan raya yang lebih besar.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3