Sudut Durian di Negara Kita Malaysia.

Durian, memang tidak perlu lagi diperkenalkan Raja Buah ini. Tidak perlu juga diceritakan rasanya kerana anda sudah tahu.

Yang kita semua memang pakar adalah makan durian tersebut. 

Kita agak mahir juga adalah membeli Durian. Jika ada duit lebih.

Kebanyakan kita mugkin tahu antara jenis Durian yang popular adalah Musang King, D24 dan Durian Kampung.


Apakah Sebenarnya Durian?

Sejenis buah buahan tempatan yang bermusim. Juga terdapat dan ditanam di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama saintifiknya adalah Durio Zibethinus L.


Jenis-Jenis Durian

Mungkin satu ketika dahulu hanya jenis Durian Kampung seperti Durian Tembaga dan Durian Hutan yang wujud. Tetapi kini Durian Klon dan Hybrid seperti D197 (Musang King), D24 dan D101. Durian Klon mempunyai rasa dan kualiti yang lebih baik.


Perkara-Perkara Penting Berkaitan Durian.

-Kualiti Durian memainkan peranan penting dalam pemilihan Durian terutama untuk komersil.

-Lokasi Penanaman Durian. Negeri Pahang, Johor, Perak, Kedan dan N.Sembilan antara yang banyak. Namun kini semakin banyak lokasi penanaman dibuka.

-Durian paling popular semestinya Musang King (D197).

-Durian Klon jenis D24 dan lain-lain turut terkenal.

-Durian Kampung juga adalah jenis tradisional yang berharga lebih murah.

-Ladang dan Dusun Durian menjadi lokasi penting dalam pengeluran Durian komersil.

-Ladang Durian paling popular terdapat di daerah Raub, Pahang. 

-Pahang antara negeri pengeluar Durian terhebat setakat ini. Johor juga tidak kurang hebat.


Durian Dari Sudut Komersil

Malaysia juga adalah negara pengeksport Durian terpenting. Antara lokasi menarik termasuklah China, Arab Saudi dan Jepun. 

Namun, negera-negara Jiran kita juga hebat dalam pengeluran Durian seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Wujud persaingan dalam mengeskport durian ke China antara Malaysia dan Thailand yang lebih kehadapan.

Selain dari makan begitu sahaja isinya, Durian juga boleh dijadikan makanan tambahan/perasa pada Aiskrim, Kek, Jem, Gula-Gula dan berbagai lagi. Jika anda pernah dengar sejenis makanan tradisional iaitu Tempoyak juga boleh dibuat menggunakan Durian.

Dalam sudut pertanian komersil Durian telah menjadi satu pendapatan yang agak lumayan jika betul caranya kerana harga pasaran yang tinggi.

FAMA adalah antara agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal urusan perdagangan dan penanaman Durian.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3