Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3


Dari Peta Pendakian, anda sekarang berada di Laban Rata (KM6).

Baiklah, anda telah mengetahu operasi pendakian anda yang bermula dari Kinabalu Park pada Bahagian 1. Kemudian anda memulakan pendakian dari Timpohan Gate ke Laban Rata pada Bahagian 2. Anda seterusnya berehat dan bermalam di Campsite Laban Rata. Seterusnya adalah Bahagian 3...


Meneruskan Pendakian Dari Laban Rata Ke Puncak.

Sekarang anda sudah berada di Laban Rata yang merupakan Camp Site atau Rumah Rehat/Asrama sementara untuk menunggu perjalanan ke puncak. Laban Rata adalah lokasi KM6 sementara Puncak Gunung Kinabalu berada pada KM8.72. Bermaksud, ada sekitar 2.72 KM lagi perjalanan anda.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah sekitar 4 jam. Kebiasaannya, pendaki akan tidur awal pada jam 9 malam dan akan bangun awal untuk mendaki pada jam 1 hingga 2 pagi nanti.

Mengapa perlu mendaki awal? Ini disebabkan pada waktu awal pagi, angin bertiup di kawasan puncak tidak begitu kuat. Pendaki perlu mendaki dan berada di puncak selewat-lewatnya sebelum jam 8 pagi.

Untuk rekod, matahari terbit di kawasan Gunung Kinabalu sekitar jam 6:15 pagi. Bermaksud, waktu Subuh adalah sekitar 4:45 pagi. Jika anda tidak biasa atau Orang Semenanjung, pastinya anda akan berasa keliru dengan waktu ini.


Perjanan Mendaki Ke Puncak.

Dalam perjalanan dari Laban Rata ke Puncak Gunung Kinabalu, anda akan menempuhi lokasi-lokasi berikut:

-Pondok Sayat-Sayat (KM 7.4). Merupakan pondok/Check Point terakhir sebelum menuju ke Puncak Kinabalu. Di sini, pengawal akan menentukan samaada anda masih sempat atau terlewat untuk menuju ke puncak.

-Puncak Gunung Kinabalu (KM 8.72). Merupakan lokasi tujuan utama anda pada ketinggian 4095 meter dari Paras Laut. Disebabkan kawasan puncak yang sempit dan merbahaya, pendaki tidak akan berada di sini terlalu lama. 

Selepas bergambar di puncak, anda perlu turun semula ke Laban Rata. Perjalanan menurun kebiasaannya mengambil masa lebih pendek tetapi ia bergantung kepada kemampuan pendaki tersebut. Secara purata, kebanyakan pendaki akan tiba di Laban Rata pada jam 8 ke 9 pagi.

Pendaki akan berehat sebentar di Rumah Rehat Laban Rata dan berkemas sebelum meneruskan perjalanan menurun ke Pondok Timpohan (Kinabalu Park) sekitar jam 12 Tengahari - 1 Petang. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini yang diambil dalam perjalanan turun kerana ketika mendaki, cuaca masih gelap:

 

 

Melepasi Asrama/Rumah Rehat Laban Rata (KM6).

Keadaan trek selepas anda bergerak dari Laban Rata.

  .

Trek selepas ini adalah lebih berbatu dan banyak menggunakan tali.

  .

 

Sudah jauh meninggalkan rumah rehat Laban Rata di bawah sana.

.

 

Salah satu lokasi yang agak merbahaya kerana anda melintasi jeram atau gaung di bawah. Berhati-hati dan pegang tali dengan baik.

.

 

Terdapat banyak juga lopak air di sepanjang trek jika baru hujan. Pokok-pokok kecil semakin berkurangan.

 .

 

Anda akan melalui trek yang rata sedikit dengan pemandangan indah awan sebelum tiba di pondok Sayat-Sayat.

.

 


Pondok Sayat-Sayat (KM 7.4).

Pondok Sayat-Sayat adalah yang terakhir anda tempuhi sebelum ke puncak. Malim Gunung akan menentukan adakah anda masih sempat untuk meneruskan pendakian di sini.

.

Selepas melalui trek yang rata di Pondok Sayat-Sayat, pendakian akan bermula semula untuk ke puncak. Kelihatan hampir tiada lagi pokok-pokok kecil.

.

Salah satu pemandangan indah yang akan anda lihat dalam perjalanan ke puncak.

.

Cabaran pendakian pada ketika ini adalah melalui trek berbatu menggunakan tali. Walaupun tidak curam tetapi cuaca agak sejuk.

.

 

Salah satu batu besar di dinding bukit yang kelihatan seperti kepala Monyet.

.

 

Pemandangan yang sangat indah dari sini memang sesuai untuk bergambar.


Jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar dengan batu monyet ini.

.

 

Dari sini, jarak ke puncak adalah sekitar 1 KM. Angin sejuk bertiup perlahan dan kadangkala agak kuat juga.

.

 

Suasana pendakian yang semakin curam kira-kira 500 meter sebelum sampai ke puncak.

 .

 

Pendakian akan menjadi sedikit mencabar kira-kira 200 meter sebelum sampai ke puncak. Trek agak curam dan lekuk berbatu.

.



Puncak Gunung Kinabalu (KM 8.72).

Puncak Gunung Kinabalu bersaiz kecil sahaja dan hanya boleh memuatkan kurang dari 10 orang pada satu-satu masa. Oleh itu, masa untuk anda berada di puncak adalah singkat. Pemandangan di puncak bukanlah paling menarik kerana sedikit terlindung. Anda boleh menikmati banyak pemandangan di sepanjang pendakian terutamanya sebelum tiba di puncak.

.

 

 

Bolehkah kita mendaki Gunung Kinabalu terus sahaja tanpa perlu bermalam di Laban Rata?

Boleh tetapi untuk mereka yang mempunyai kamampuan yang lebih kuat sahaja. Pendaki boleh bermula lebih awal dari Pondok Timpohan dan terus mendaki ke puncak tanpa perlu berehat di Laban Rata. Namun begitu, ini semua bergantung kepada kelulusan pihak Malim Gunung.

 

Comments

  1. Ada pantang larang ke Untuk peserta wanita yang datang bulan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang