Sungai Perting Pandak, Jalan Bukit Tinggi - Bentong, Pahang.


Sungai Perting Pandak.


Pernahkah anda mendengan Air Terjun Lata Hammer? Ianya memang terletak di Bentong, Pahang. Air Terjun Lata Hammer perlu diakses melalui sebuah kem atau lokasi perkhemahan dikenali juga dengan nama Kebun Ayah. Jalan akses ke sini perlu melalui Jalan Lama Bukit Tinggi ke Bentong dan bukannya boleh diakses terus di Lebuhraya.

Sungai Perting Pandak adalah sungai yang mengalir dari Air Terjun Lata Hammer sehinggalah ke Jalan Utama.

Tetapi jika mahu ke Lata Hammer mungkin agak jauh dan anda perlu merentas hutan hampir sejam. Jika malas, anda juga boleh terus berkunjung ke Sungai Perting Pandak yang terletak tidak jauh dari jalan utama. Terdapat kawasan perkhelahan kecil di sini untuk anda singgah jika mahu bermandi manda dan berkhelah jangka pendek.

Tetapi tiada kemudahan asas terdapat di sini kerana lokasi ini hanyalah hentian persinggahan sahaja. Bolehlah jika anda mahu singgah sekejap melihat keindahan sungai atau mahu bermandi-manda.

Sekiranya anda mahu lebih menarik lagi, bolehlah teruskan perjalanan masuk ke dalam iaitu ke Kebun Ayah dan seterusnya ke Air Terjun Lata Hammer.


.

.



.


Jalan ke Kebun Ayah dan Air Terjun Lata Hammer.
.


.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3