Air Terjun KotaTinggi, Johor
Terletak kira-kira 15KM dari pekan Kota Tinggi, Air Terjun ini adalah daya tarikan terkenal orang Johor sejak dari dahulu lagi.
Tetapi dikhabarkan Kawasan Rekriasi ini ditutup pada PKP pertama. Hanya dibuka sekejap sahaja apabila PKP pertama tamat. Sejak PKP kedua dan hingga kini masih ditutup.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Maaf, Air Terjun Kota Tinggi ditutup kepada orang ramai kerana PKP |
Bayaran masuk di pondok ini kalau tak silap RM 3 kot. |
Bersebelahan pintu masuk ada kawasan parking tambahan yang murah. |
.
Walaupun begitu, kunjungan sebelum ini mendapati Kawasan Rekriasi ini mempunyai kemudahan yang agak lengkap. Kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat, Parking, Tapak Perkhemahan dan lain-lain semestinya tersedia.
Kemudahan Besar seperti Chalet/Resort, Kedai Makan, Pejabat dan lain-lain juga terdapat di dalam kawasan ini tetapi tidak diketahui bagaimana statusnya.
Kunjungan akan dilakukan lagi pada masa akan datang untuk melihat keadaan Kawasan Popular ini kerana ia agak lama juga ditutup kepada orang ramai.
Comments
Post a Comment