Posts

Showing posts from 2019

Gunung Berembun, Bangkai Kapal Terbang & Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan

Image
Terletak di Pantai, Negeri Sembilan, Gunung Berembun merupakan Gunung yang terkenal oleh seluruh pendaki di Malaysia kerana terdapat bangkai kapal terbang ketika zaman perang dunia kedua terhempas di sini pada tahun 1945. Terletak kira-kira 20KM dari Bandar Seremban, Gunung Berembun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Tourism kerana mungkin ruang tapaknya yang sempit dan berbukit bukau. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang berkhelah di Lata Berembun, boleh klik di link ini . Permit untuk mendaki adalah RM5 dan boleh didapati di pondok renjer pada hujung minggu. Pendakian pada hari biasa perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Negeri Sembilan. Tetapi tiada kemudahan asas yang terdapat di sini dan anda perlu mencari sendiri kemudahan tersebut. Tiada tandas, kedai makan, surau, pejabat dan lain2. Oleh itu, sebelum mendaki anda perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas. Kebiasaannya pendaki berpengalaman akan mendaki gunung ini. Terdapat

Mendaki Gunung Angsi Dari Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Image
Laluan ikut Ulu Bendul lebih sukar dan mencabar Jika anda mahu mendaki Gunung Angsi melalui Ulu Bendul, ianya memang menyeronokkan tetapi lebih sukar dan mencabar. Berbanding Bukit Putus yang trek hanya berkonsepkan situasi biasa, laluan Ulu Bendul melibatkan Sungai, tangga, batu dan pendakian lebih pacak. Jarak perjalanan juga lebih sekali ganda. Ada tiga pilihan untuk dilakukan iaitu: 1. Mula mendaki dari Bukit Putus ke puncak kemudian turun ikut Ulu Bendul. Tetapi anda harus parking kereta di Ulu Bendul dahulu dan kemudian ke Bukit Putus. Ini memerlukan dua kereta atau minta bantuan rakan. Kalau sanggup jalan kaki dari Ulu Bendul ke Bukit Putus, silakan. Ini kaedah paling popular. Sanggup menapak? Silakan. 2. Mendaki dari Ulu Bendul hingga ke puncak dan kemudian turun ke Bukit Putus. Kaedah ini terbalik daripada yang pertama dan anda perlukan dua kereta yang pertama parking di Ulu Bendul dan satu lagi di Bukit Putus. Atau dengan cara lain minta bantu