Muzium Negeri Seremban (Taman Seni Budaya NS), Seremban
Terletak di kawasan Bandar dan berdekatan
dengan kompleks membeli belah menjadikan lokasi muzium ini stratergik untuk
dikunjungi pelancong luar Negara. Muzium ini dibina dengan rekabentuk dan
ukiran tradisional Minangkabau dan dikenali sebagai Teratak Perpatih.
Di dalam muzium ini, ada penerangan dan
galeri tentang sejarah Negeri Sembilan terutamanya bandar Seremban dari segi
Ekonomi dan Pentadbiran sejak dari zaman kedatangan orang2 Minangkabau dan penjajahan
asing. Selain itu, pameran berkaitan dengan Adat Perpatih, kesenian dan
kebudayan juga ada disediakan. Lihat gambar2 di bawah:
Penerangan tentang bendera Negeri Sembilan |
Peta Negeri Sembilan & Kewujudan 9 Luak |
Gambar mengisahkan peperangan Melaka dengan Portugis |
Sejarah penghijrahan orang2 Minangkabau dari Sumatera |
Sejarah penentangan penduduk tempatan terhadap british |
Artifak2 tradisional Negeri Sembilan |
Koleksi artifak bersejarah pada zaman penjajahan british |
Senarai Menteri besar Negeri Sembilan |
Terdapat galeri tentang tempat2 menarik di Negeri Sembilan |
ISTANA AMPANG TINGGI & RUMAH TRADISIONAL
Di sebelah muzium ini ada dua rumah
tradisional negeri Sembilan dengan corak senibina dan ukiran Minangkabau yang
popular di negeri ini. Istana Ampang Tinggi (Kiri) pada asalnya terletak di
kawasan sawah padi dan dipindahkan ke Seremban, sementara Rumah Tradisional
Negeri Sembilan (kanan) dibina tanpa menggunakan paku oleh tukang kayu yang
mahir.
Adalah berbaloi melawat muzium ini walaupun
kecil kerana banyak maklumat yang dapat anda perolehi. Muzium ini dibuka setiap
hari pada waktu pejabat. Kemudahan yang terdapat di muzium ini adalah tandas,
pejabat, kedai cenderahati dan surau.
Rumah Tradisional Negeri Sembilan |
Situasi di dalam Rumah Tradisional yang klasik |
Istana Ampang Tinggi |
Pemandangan di dalam istana kecil penuh dengan ukiran tradisional |
Pemandangan di dalam istana |
Comments
Post a Comment