Gunung Berembun, Bangkai Kapal Terbang & Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan



Terletak di Pantai, Negeri Sembilan, Gunung Berembun merupakan Gunung yang terkenal oleh seluruh pendaki di Malaysia kerana terdapat bangkai kapal terbang ketika zaman perang dunia kedua terhempas di sini pada tahun 1945. Terletak kira-kira 20KM dari Bandar Seremban, Gunung Berembun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Tourism kerana mungkin ruang tapaknya yang sempit dan berbukit bukau. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang berkhelah di Lata Berembun, boleh klik di link ini.

Permit untuk mendaki adalah RM5 dan boleh didapati di pondok renjer pada hujung minggu. Pendakian pada hari biasa perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Negeri Sembilan.

Tetapi tiada kemudahan asas yang terdapat di sini dan anda perlu mencari sendiri kemudahan tersebut. Tiada tandas, kedai makan, surau, pejabat dan lain2. Oleh itu, sebelum mendaki anda perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas. Kebiasaannya pendaki berpengalaman akan mendaki gunung ini.



Terdapat empat check point utama yang kebanyakan pendaki akan datang kesini iaitu:
  • Berkhelah di Air Terjun Lata Berembun,
  • Mendaki ke Puncak Gunung Berembun,
  • Mendaki dan melawat Tapak Bangkai Pesawat.
  • Mendaki hingga ke Puncak Gunung Telapak Buruk (Pencawang)

Lata Berembun merupakan lokasi untuk berkhelah dan mandi manda kerana terdapat jeram dan air terjun yang cantik. Puncak Gunung Berembun (1014M) adalah puncak yang terletak sebelum bangkai kapal terbang. Puncak Gunung Telapak Buruk (pencawang) adalah puncak tertinggi dengan ketinggian sekitar 1195M.

Terdapat dua cara pendakian gunung ini iaitu melalui Gunung Telapak Buruk (kaedah menurun sehala) atau dari Pantai (cara mendaki dan kemudian turun). Lihat carta di bawah dan masa terkumpul:

1. Pendakian dari Pantai (Loji Air)

  • Pondok Renjer – Lata Berembun (1 Jam. Total Time = 1 jam)
100 meter dari pondok renjer. Anda mesti belok kanan memasuki trek mendaki


Melepasi sungai pertama

Melepasi sungai kedua
 
Sedikit tips untuk anda. Nombor tanda ini merupakan jarak dari pondok renjer hingga ke puncak Gunung Telapak buruk. Lihat peta pendakian sebagai rujukan setiap Check point.

Sampai ke Lata berembun

Untuk trek mendaki ke Gua Kambing, anda perlu merentasi sungai ini


  • Lata Berembun – Gua Kambing (1 jam. Total Time = 2 jam)
Selepas merentas sungai, anda akan melalui trek lereng bukit dengan sungai di sebelah kiri

Anda akan merentasi beberapa sungai kecil dan besar. Tidak dipastikan bilangan sebenar sungai.

Merentasi sungai kecil lagi
Trek tidak menengelirukan. Jika ada dua simpang, boleh pilih salah satu. Pastikan ada tanda plastik.
Sungai bersaiz sederhana
Sungai kecil terakhir sebelum sampai ke Gua Kambing


Gua Kambing yang sebenarnya hanyalah sebuah batu
Terdapat water point berdekatan Gua Kambing. Ini yang terakhir sebelum ke puncak.



  • Gua Kambing – Puncak Gunung Berembun (1.5 jam. Total Time = 3.5 jam)
Pendakian selepas Gua Kambing agak pacak dan mencabar. Menguji mental dan fizikal.
 
Jarak pendakian dari Gua Kambing ke puncak berembun hanyalah 1KM tetapi mengambil masa lebih sejam
 
Hampir ke puncak Gunung berembun, sila belok kiri
 
Tempat bergambar adalah pokok ini

 
Puncak Gunung berembun tiada pemandangan indah. Itu kelemahannya. Tetapi keluasannya mencukupi untuk berehat.

 
  • Puncak Gunung Berembun – Bangkai Pesawat (1.5 jam. Total Time = 5 jam)
Perjalanan dari Puncak Berembun ke Bangkai Pesawat akan melalui trek turun naik bukit sahaja dan tiada Checkpoint. Anda layan sahaja trek jauh ini yang berjarak 2.4KM.
 
Sampai ke Lokasi Pesawat. Anda perlu menuruni bukit untuk melihat bangkai pesawat tersebut.
 
Turun ke Tapak Bangkai Pesawat sekitar 150 meter ke bawah
 
  • Bangkai Pesawat  – Gunung Telapak Buruk (2 jam. Total Time = 7 jam)

*Mendaki mengikut kemampuan anda, kebiasaanya pendaki akan melawat sehingga ke Tapak Bangkai Pesawat dan kemudian patah balik. Agak mencabar sekiranya meneruskan ke Puncak Telapak Buruk. Sila baca seterusnya untuk trek bahagian ini jika anda berminat.





2. Menurun sehala dari puncak Gunung Telapak Buruk (jarak perjalanan 10 KM)

*Parking kereta di Pondok Renjer (Loji Air), Pantai. Kemudian naik lori menuju ke puncak Gunung Telapak Buruk (Pencawang) melalui jalan raya dan jalan kecil (naik lori lebih kurang 25KM).
Simpang dari jalan besar ke Puncak Gunung Telapak Buruk (Pencawang) sejauh 13KM. Jarak keseluruhan dari Loji Air Pantai sekitar 25KM.


Trek permulaan mendaki terletak di sebelah Pencawang Digi berdekatan dengan Puncak Gunung Telapak Buruk. Anda berada pada ketinggian 1195M disini.


  • Gunung Telapak Buruk – Bangkai Pesawat (1.5 jam)
Penurunan bermula dan trek adalah bersifat turun dan naik bukit sahaja. Suhu agak sejuk kerana altitud pada paras melebihi 1190M!!
 

 
 



 
 
  • Bangkai Pesawat (1.5 jam) – 
  • Gunung Berembun (3 jam) – 
  • Gua Kambing (4 jam) – 
  • Lata Berembun (5 jam) – 
  • Pondok Renjer (6 jam)

Dapat dilihat jika menurun dari Gunung Telapak Buruk, anda perlu parking kereta di Pondok Renjer (Loji Air Pantai), dan menaiki lori sejauh kira2 25KM untuk ke puncak Gunung Telapak Buruk. Ini disebabkan anda akan kembali ke Pondok Renjer semula di tempat mula2 kenderaan anda parking tadi.

Ramai akan keliru dan beranggapan bahawa jika bermula dari puncak Gunung Telapak Buruk adalah mendaki,tetapi sebenarnya ia lebih kepada menurun.  Ini disebabkan keadaan trek yang turun dan naik bukit berkali2 akan mengelirukan.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3