Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor

Empangan Semenyih


Tasik buatan dan empangan ini terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Dengan melalui jalan lama Semenyih ke Batu 18 (Hulu Langat), anda akan menempuh tasik buatan ini. Laluan Semenyih-Batu 18 adalah sunyi dan turut akan melalui perkampungan orang asli. Empangan ini adalah sumber air mentah yang penting untuk kawasan semenyih dan sebahagian lembah Klang.

Jalan sunyi di sekitar Tasik/Empangan Semenyih ini terdapat pemandangan menarik yang sesuai untuk bergambar. Selain itu, tasik ini juga menjadi lokasi memancing kepada kaki pancing tegar.

Banyak lokasi yang anda boleh pilih untuk memancing kerana tasik ini adalah luas dan besar. Selain dari Semenyih, anda juga boleh mengakses lokasi ini dari Ampang dan Batu 18 Hulu Langat, Selangor.

Untuk makluman anda juga, tidak jauh dari empangan ini terdapat sebuah Hutan Lipur atau Kawasan Rekriasi Sungai Tekala. Banyak terdapat kolam-kolam memancing disekitar lokasi tersebut yang diusahakan oleh pihak persendirian.



Agak luas juga Tasik buatan dari empangan ini.
.

.

Salah satu lokasi memancing di Tasik Empangan ini

.
Salah satu selekoh berdekatan dengan Tasik yang sesuai untuk memancing.

.
Pemandangan di sekitar Tasik Empangan ini semestinya indah dan mempersonakan.

.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3