Posts

Showing posts with the label #KakiPancing

Kolam Pancing Paroi & Kolam Pancing Udang 889, Paroi, Negeri Sembilan.

Image
Simpang ke Kolam Pancing Paroi & Kolam Pancing Udang 889 Salah satu lokasi popular di pinggir bandar Seremban adalah dua kolam yang terletak bersebelahan iaitu Kolam Pancing Paroi & Kolam Udang 889. Terletak di Panchor, Paroi iaitu betul2 sebelum mendaki Bukit Putus adalah dua kolam pancing ini. Kolam Pancing Udang 889 mempunyai beberapa kolam kecil dimana pengunjung perlu membuat bayaran untuk memancing Udang Galah. Kolam Pancing Paroi pula mempunyai tiga kolam besar yang mengandungi beberapa spesis ikan kolam yang popular. Seperti kebanyakan konsep kolam memancing yang lain, pertandingan memancing selalu diadakan di kolam2 ini. Pemancing yang berjaya memancing ikan/udang terbesar atau terberat akan mendapat hadiah. Jika anda kaki pancing dan baru berpindah atau berkunjung ke Seremban, silakan melawat Kolam Pancing ini. Lihat gam bar2 di bawah dan Laman FB mereka seperti berikut: Kolam Pancing Paroi https://www.facebook.com/Kolam-Pancing-Paroi-253...

Tempat-Tempat Memancing Popular di Negeri Sembilan

Image
  Negeri Sembilan memang terkenal dengan lokasi-lokasi memancing yang tidak kurang hebatnya kerana Port Dickson menghadap ke laut Selat Melaka. Selain itu, negeri ini mempunyai sungai-sungai yang cantik seperti Sungai Rembau & Sungai Linggi. Tidak kira lokasi samaada untuk memancing di kolam, air laut atau sungai.   Antara lokasi-lokasi memancing yang menarik adalah: Kolam Pancing 889 dan Kolam Pancing Paroi. Jalan Panchor, Seremban. Ulu Bendul Fishing Valley (Kolam Ikan), Kuala Pilah. Jambatan Kuala Linggi, Port Dickson Pengkalan Kempas, Port Dickson Pengkalan Nelayan Sungai Timun, Rembau    Kolam Ikan Alang Salleh, Rantau, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kolam Memancing Ikan Joran Rimba Tekala, Semenyih, Selangor.  Jeti Memancing Kg. Kuala Lukut, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Jeti dan Kelong Memancing Mamod, Kampung Kuala Lukut, Port Dickson Kolam Memancing 99 Pedas (Kolam Pancing Pedas), Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Kolam Memanc...

Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor

Image
Empangan Semenyih Tasik buatan dan empangan ini terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Dengan melalui jalan lama Semenyih ke Batu 18 (Hulu Langat), anda akan menempuh tasik buatan ini. Laluan Semenyih-Batu 18 adalah sunyi dan turut akan melalui perkampungan orang asli. Empangan ini adalah sumber air mentah yang penting untuk kawasan semenyih dan sebahagian lembah Klang. Jalan sunyi di sekitar Tasik/Empangan Semenyih ini terdapat pemandangan menarik yang sesuai untuk bergambar. Selain itu, tasik ini juga menjadi lokasi memancing kepada kaki pancing tegar. Banyak lokasi yang anda boleh pilih untuk memancing kerana tasik ini adalah luas dan besar. Selain dari Semenyih, anda juga boleh mengakses lokasi ini dari Ampang dan Batu 18 Hulu Langat, Selangor. Untuk makluman anda juga, tidak jauh dari empangan ini terdapat sebuah Hutan Lipur atau Kawasan Rekriasi Sungai Tekala. Banyak terdapat kolam-kolam memancing disekitar lokasi tersebut yang diusahakan oleh pihak persendiria...