Kolam Pancing Paroi & Kolam Pancing Udang 889, Paroi, Negeri Sembilan.



Simpang ke Kolam Pancing Paroi & Kolam Pancing Udang 889


Salah satu lokasi popular di pinggir bandar Seremban adalah dua kolam yang terletak bersebelahan iaitu Kolam Pancing Paroi & Kolam Udang 889. Terletak di Panchor, Paroi iaitu betul2 sebelum mendaki Bukit Putus adalah dua kolam pancing ini.

Kolam Pancing Udang 889 mempunyai beberapa kolam kecil dimana pengunjung perlu membuat bayaran untuk memancing Udang Galah. Kolam Pancing Paroi pula mempunyai tiga kolam besar yang mengandungi beberapa spesis ikan kolam yang popular.

Seperti kebanyakan konsep kolam memancing yang lain, pertandingan memancing selalu diadakan di kolam2 ini. Pemancing yang berjaya memancing ikan/udang terbesar atau terberat akan mendapat hadiah.

Jika anda kaki pancing dan baru berpindah atau berkunjung ke Seremban, silakan melawat Kolam Pancing ini. Lihat gambar2 di bawah dan Laman FB mereka seperti berikut:

Kolam Pancing Paroi
https://www.facebook.com/Kolam-Pancing-Paroi-253206938678319/


Kolam Pancing Udang 889
https://www.facebook.com/KolamPancingUdang889









Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3