Melawat 7 Muzium & Galeri di Kuala Lumpur Dalam Masa Sehari

Muzium Negara sebenarnya berdekatan dengan beberapa buah Muzium dihubungkan oleh Jejantas yang merentasi jalan.

Terdapat lebih 20 muzium & galeri di bandar Kuala Lumpur tetapi lokasinya agak berjauhan. Anda boleh melawat 7 muzium dalam masa sehari kerana lokasinya sangat berdekatan. Hanya dengan berjalan kaki sahaja anda mampu melawat lebih kurang 7 buah muzium/Galeri yang menarik. Pastikan anda cukup rehat untuk melaksanakan lawatan ini kerana agak memenatkan. Muzium2 & Galeri tersebut adalah:

1. Muzium Negara.
2. Muzium Seni Kraf Orang Asli.
3. Muzium Etnologi Dunia Melayu.
4. Plenetarium Negara.
5. Muzium Polis Diraja Malaysia.
6. Muzium Seni Dunia Islam.
7. Memorial Tun Abdul Razak.



Bagaimana? Jika anda lihat peta di bawah anda akan mendapati kesemua muzium-muzium di atas berada dalam jarak yang dekat. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih permulaan dan hujungnya. Bermula dengan Muzium Negara anda akan teruskan seperti berikut:





Untuk datang ke sini, anda boleh menaiki MRT dan turun di hentian Muzium Negara. Anda juga boleh menaiki kenderaan sendiri dan parking di Muzium Negara (RM3 sejam) atau parking kenderaan di Planeterium Negara. Terdapat kemudahan2 asas di setiap muzium ini seperti tandas, surau, kedai makan dan sebagainya.


1. Muzium Negara (RM 2).

Muzium Negara menerangkan sejarah Malaysia secara keseluruhannya, bermula dari zaman Pra-sejarah sehingga kemerdekaan. Ianya terbahagi kepada empat seksyen dan dua aras. Terdapat Cafe Muzium yang menyediakan sajian menarik untuk dinikmati.





2. Muzium Seni Kraf Orang Asli (RM 2).

Terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Negara, muzium ini menerangkan tentang koleksi seni kraftangkan Orang Asli di Malaysia.




3. Muzium Etnologi Dunia Melayu.

Bersebelahan dengan Muzium Seni Kraf Orang Asli, muzium ini memberikan gambaran tentang gaya hidup tradisional masyarakat Melayu secara amnya. Terletak bersebelahan dengan kawasan Parking dan tidak jauh dari Jejantas yang merentasi Lebuhraya.





4. Planetarium Negara (tiada bayaran jika untuk Galeri).

Dari Muzium Negara (dan dua muzium tadi), anda seterusnya merentasi jejantas dan terus sampai ke Planeterium Negara. Galeri & Pameran sains ini menjuruskan kepada pameran Astronomi dan Angkasa. Terdapat teater khas yang ditayangkan dua kali sehari tetapi dikenakan bayaran untuk menonton.






5. Muzium Polis Diraja Malaysia.

Terletak bersebelahan dengan Planeterium Negara, anda boleh turun menyusuri bukit untuk melawat Muzium ini yang semestinya memberikan penerangan tentang sejarah pasukan Polis DiRaja Malaysia.






6. Muzium Seni Dunia Islam.

Terletak hanya di sebelah Muzium Polis Diraja, tetapi pintu masuk muzium ini agak jauh kerana ia menghadap bersebelahan dengan Masjid Negara dimana anda perlu berjalan untuk ke pintu masuk. Galeri ini memberikan penerangan tentang sejarah seni dunia Islam seluruh dunia dalam aspek kebudayaan, pembinaan, sastera dan sebagainya.






7. Memorial Tun Abdul Razak.

Galeri ini terletak tidak jauh dari Planeterium Negara di mana anda perlu berjalan merentasi bulatan dan jalan raya untuk ke sini. Memorial ini memberi maklumat tentang sejarah, jasa dan sumbangan penting Tun Adul Razak kepada negara.




Selain daripada 7 muzium/galeri tadi, terdapat taman2 di sekitar Taman Tasik Perdana seperti Taman Rusa, Taman Orkid dan Taman Burung. Masjid Negara juga terletak tidak jauh dari kawasan ini. Namun begitu anda perlu berjalan kaki lebih jauh untuk ke sana. Jika anda mempunyai masa dan tenaga lebih, silakan melawat.

Selamat mengembara. 


Terdapat taman2 haiwan dan bunga yang menarik di sekitar Taman Tasik Perdana ini.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang