Air Terjun & Jeram Lata Berembun, Pantai, Seremban (Gunung Berembun)


Peta ke Lata berembun dari pekan Pantai. Simpang masuk berdekatan dengan Masjid & Balai Polis Pantai.




Terletak di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan iaitu kira2 20KM dari bandar, Lata Berembun merupakan air terjun dan jeram yang menarik untuk bermandi manda. Walaupun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Pelancongan, Lata Berembun dilihat mempunyai potensi besar sebagai sebuah pusat pelancongan yang berkonsepkan aktiviti pendakian, riadah dan rekriasi.
Terdapat resort terkenal yang teletak berdekatan dengan hutan ini iaitu The Dusun dan The Shorea. Ramai pelancong luar negara yang menginap di resort tersebut dan mengunjungi hutan ini untuk aktiviti merentas hutan atau berkhelah.


Selepas masuk simpang dari pekan Pantai, teruskan perjalanan ke Lata Berembun

Jarak perjalanan sekitar 4 KM dari simpang.



Simpang ke The Dusun Resort


Simpang ke The Shorea Resort


Memasuki kawasan hutan simpan



Tempar parking kenderaan di tepi jalan


Loji Rawatan Air kecil Pantai

Pondok Renjer sebelum memasuki trek hutan simpan ke Lata berembun

Terdapat air terjun di sebelah kanan jalan. boleh juga bermandi manda di sini.


Hanya terdapat sebuah pondok renjer kecil apabila anda sampai di Kaki Gunung Berembun (juga ke Lata Berembun). Kaki gunung dan tempat permulaan mendaki terletak berhampiran dengan perkampungan orang asli dan bersebelahan dengan Loji Penapisan Air. Jika anda lihat di sebelah jalan ada sungai yang mengalir dari Gunung Berembun yang sesuai untuk anda bermandi manda dan berkhelah. Anda hanya perlu turun ke bawah dan memilih lokasi yang sesuai.



Tetapi tiada kemudahan asas yang terdapat di sini dan anda perlu mencari sendiri kemudahan tersebut. Tiada tandas, kedai makan, surau, pejabat dan lain2. Oleh itu, sebelum memasuki hutan anda perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas. Kebiasaannya pendaki berpengalaman akan mendaki gunung ini.

Terdapat tiga check point utama yang kebanyakan pendaki akan datang ke sini iaitu berkhelah di Lata berembun, menawan Puncak Gunung Berembun, dan melawat Tapak Bangkai Pesawat. 




Memasuki Lata Berembun


Lata Berembun merupakan lokasi untuk berkhelah dan mandi manda kerana terdapat jeram dan air terjun yang cantik. Puncak Gunung Berembun (1014M) adalah puncak yang terletak sebelum bangkai kapal terbang. Puncak Gunung Telapak Buruk adalah puncak tertinggi dengan ketinggian sekitar 1195M.

Permit untuk memasuki hutan adalah RM5 dan boleh didapati di pondok renjer pada hujung minggu. Pendakian pada hari biasa perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Negeri Sembilan.


Permulaan mendaki / merentas hutan ke Lata BeremBun




Anda akan melihat tanda jarak ini. Pondok renjer adalah 9600M manakala Lata Berembun adalah 7750M









Melepasi Sungai kecil pertama.


Melepasi sungai kecil kedua

Sampai ke Lata Berembun





Melepasi sungai ini adalah trek untuk mendaki Gunung Berembun


Jeram utama di Lata Berembun. Anda pilih la sendiri di mana hendak Berkhelah & mandi



Mendaki Gunung Berembun & Melawat Bangkai Kapal Terbang

Terdapat dua cara pendakian gunung ini iaitu melalui Gunung Telapak Buruk (kaedah menurun sehala) atau dari Pantai (cara mendaki dan turun). Tetapi jika menurun dari Gunung Telapak Buruk, anda perlu parking kereta di Pantai dan menaiki lori sejauh kira2 20KM untuk ke puncak Telapak Buruk. Ini disebabkan anda akan kembali ke Pantai semula di tempat mula2 pendakian yang biasa dilakukan.
 
Peta mendaki Gunung Berembun

Klik Link ini untuk maklumat selanjutnya jika anda mahu mendaki Gunung Berembun dan lain2.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3