Posts

Showing posts with the label #GunungBerembun

Gunung Berembun, Bangkai Kapal Terbang & Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan

Image
Terletak di Pantai, Negeri Sembilan, Gunung Berembun merupakan Gunung yang terkenal oleh seluruh pendaki di Malaysia kerana terdapat bangkai kapal terbang ketika zaman perang dunia kedua terhempas di sini pada tahun 1945. Terletak kira-kira 20KM dari Bandar Seremban, Gunung Berembun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Tourism kerana mungkin ruang tapaknya yang sempit dan berbukit bukau. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang berkhelah di Lata Berembun, boleh klik di link ini . Permit untuk mendaki adalah RM5 dan boleh didapati di pondok renjer pada hujung minggu. Pendakian pada hari biasa perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Negeri Sembilan. Tetapi tiada kemudahan asas yang terdapat di sini dan anda perlu mencari sendiri kemudahan tersebut. Tiada tandas, kedai makan, surau, pejabat dan lain2. Oleh itu, sebelum mendaki anda perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan asas. Kebiasaannya pendaki berpengalaman akan mendaki gunung ini. Terdapat ...

Air Terjun & Jeram Lata Berembun, Pantai, Seremban (Gunung Berembun)

Image
Peta ke Lata berembun dari pekan Pantai. Simpang masuk berdekatan dengan Masjid & Balai Polis Pantai . Terletak di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan iaitu kira2 20KM dari bandar, Lata Berembun merupakan air terjun dan jeram yang menarik untuk bermandi manda. Walaupun belum dibangunkan sebagai pusat Eco Pelancongan, Lata Berembun dilihat mempunyai potensi besar sebagai sebuah pusat pelancongan yang berkonsepkan aktiviti pendakian, riadah dan rekriasi. Terdapat resort terkenal yang teletak berdekatan dengan hutan ini iaitu The Dusun dan The Shorea. Ramai pelancong luar negara yang menginap di resort tersebut dan mengunjungi hutan ini untuk aktiviti merentas hutan atau berkhelah. Selepas masuk simpang dari pekan Pantai, teruskan perjalanan ke Lata Berembun Jarak perjalanan sekitar 4 KM dari simpang. Simpang ke The Dusun Resort Simpang ke The Shorea Resort Memasuki kawasan hutan simpan Tempar parking kenderaan di te...