Gunung Ledang Resort, Sagil, Tangkak, Johor

zaman sekarang atau sejak tahun 2015 lagi, ramai sudah tidak lagi mengenali gunung ledang resort yang dahulu merupakan kawasan yang sangat menarik. di sinilah dimana anda akan mula mendaki gunung ledang atau jika tidak mahu, boleh bermandi manda menikmati air terjun yang menarik. 

kewujudan chalet atau resort di sini memang menjadi pilihan untuk pengunjung bermalam. semestinya kawasan ini dahulu adalah sangat meriah dan sentiasa dipenuhi pengunjung yang kebanyakannya mahu mendaki gunung.

sejak diwujudkan taman negeri gunung ledang yang terletak tidak jauh dari sini, lokasi ini menjadi suram dan hanya dikunjungi oleh pengunjung tertentu sahaja. walaupun taman negeri menyediakan kemudahan resort yang lengkap, namun masih tidak dapat menandingi keadaan air terjun di gunung ledang resort ini.

namun begitu, lawatan yang dilakukan agak mengecewakan kerana ia ditutup kepada orang ramai. sila lihat galeri-galeri di bawah ini;


Papan Tanda pintu masuk dari Jalan Besar. Arah sana dari Segamat.

.

Papan Tanda Taman Negara ini. Arah sana dari Tangkak.

 .

Pintu masuk utama yang masih ditutup.
.


Maklumat harga dan waktu operasi Taman Negara.
.


Notis penutupan sementara yang sampai entah bila.
.


Pintu masuk kedua yang juga ditutup.
.


Gerai di tepi ini yang sudah lama ditinggalkan. Pernah menjadi gemilang lebih lima tahun yang lalu.
.


Kemudahan Surau ada kelihatan di hadapan.
.


Kawasan parking yang luas ini pernah menjadi begitu sibuk satu ketika dahulu.

.

mengapakah lokasi ini sangat meriah ketika dahulu?

air terjun di sini lebih besar dan menarik berbanding dengan yang terdapat di taman negeri atau air terjun asahan yang lebih merupakan air terjun sekunder. punca air terjun di sini adalah dari puncak utama gunung ledang. laluan mendaki dari sini juga akan menyusuri air terjun.

lokasi ini terletak berdekatan dengan hutan dan laluan asal untuk mendaki gunung ledang dari sagil. kemudahan di sini walaupun agak ringkas dulu, tetapi lebih menarik dari segi lokasi dan keadaan bentuk muka bumi.

lokasi gunung ledang resort juga berdekatan dengan jalan utama dan perkampungan. ini membolehkan lebih banyak kemudahan kedai makan disediakan di sini.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang