Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka

Terletak di sempadan antara negeri sembilan, johor dan melaka dalam daerah jasin. Jarak pekan asahan dari sini adalah lebih dari 10KM. tidak jauh dari lokasi air terjun asahan juga terdapat beberapa lagi lokasi menarik yang lain.

Kawasan rekriasi ini bukanlah sesuatu yang rasmi atau dibangunkan menjadi hutan lipur. ianya hanyalah kawasan semak samun seperti kem perkhemahan sahaja dengan hampir tiada kemudahan yang disediakan. 

apakah yang anda boleh lakukan di sini? Terdapat air terjun dan jeram di sini untuk anda datang bermandi manda sambih berkhemah. kawasan perkhemahan dalam semak samun ini agak luas walaupun bersepah. harus diingat bahawa tiada kemudahan asas terdapat di sini walaupun sebuah tandas. oleh itu, anda harus mencari atau menyediakan kemudahan itu sendiri.

jika singgah ke sini, anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik yang berdekatan iaitu laman tiga budaya, atv campsite dan mini waterpark. kemudahan di sana adalah lengkap dan lebih menarik. sila lihat galeri-galeri di bawah dan baca lagi karangan yang seterusnya.


simpang kanan (lepas jambatan) untuk ke air terjun asahan.

ikut kiri untuk terus ke lot parking. dulu, boleh ikut laluan pagar ni sebelum ia dibina.

.

jalan tanah menuju ke lot parking di hadapan sana.

.

kawasan parking kenderaan yang hanya tanah merah sahaja.

.

air terjun/sungai berdekatan dengan kawasan parking

.

kawasan air terjun ini dipenuhi dengan batu-batu dan sungai kecil.

.

laluan dan pagar sana adalah dari atv resort.

.

kawasan utama/dataran ini adalah landmark air terjun asahan
.

papan tanda lama yang sudah usang.

.

 

sampah sarap bertaburan adalah perkara biasa di sini.
.


simpang laluan. kiri untuk ke campsite lama dan kanan untuk ke kolam mandi utama.
.


terdapat saliran longkang di lokasi ini.

.

 

kawasan kolam utama yang sangat sesuai untuk mandi.
.


ada banyak kolam untuk bermandi manda walaupun agak kotor juga airnya.
.


berbatu dan air sedikit berbuih di tanah separa gambut.
.


terdapat penerokaan kebun di sini. dulu lokasi ini adalah hutan.
.


aliran air sungai di kawasan berbatu di sini.
.


di malaysia, mana-mana hutan rekriasi adalah juga tempat pembuangan sampah
.


papan tanda arahan yang masih lagi wujud walaupun usang
.


tandas di campsite lama yang sudah rosak
.


lokasi ini pernah menjadi campsite satu ketika dahulu tetapi kini sudah rosak.
.


sampah sarap ada di mana-mana sahaja di lokasi ini.
.


maklumat lain yang mungkin anda ingin tahu.

satu ketika dahulu, gunung ledang (laluan asahan, bukan sagil) biasanya akan dimulakan pendakian dari kawasan air terjun ini. sekarang atau mungkin sejak 2018, pendakian dimulakan dari Pos Pendakian yang terletak tidak jauh dari sini. laluan treknya masih sama sahaja cuma permulaannya sahaja berbeza.

sebelum ini, lokasi ini sangat jarang dilawati oleh pengunjung. kebanyakan yang datang biasanya untuk mendaki gunung ledang melalui trek asahan. oleh itu, kawasan ini dahulu sangat cantik, bersih dan menarik. sekarang, ianya kelihatan seperti tapak perlupusan sampah.

tiada bayaran dikenankan untuk masuk ke sini setakat tahun 2023 ini. tetapi akan datang tidak dapat dipastikan. berhati-hati jika anda masuk ke sini ketika hari hujan lebat kerana jalan tanah akan menjadi sangat licin.

jika anda ingin mendaki gunung ledang dari sini, sila pergi ke pos pendakian yang anda boleh lihat di tepi jalan dalam perjalan ke sini. dapatkan maklumat lanjut dari sana.

terdapat perkampungan orang asli tidak jauh dari sini tetapi bukanlah dibuka untuk lawatan. laluan masuk kampung itu adalah terus sahaja melalui ladang kelapa sawit tadi.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang