Posts

Showing posts from June, 2021

Muzium & Terowong Sungai Lembing, Pahang Ditutup Sementara Waktu (PKP Mei 2021).

Image
Pekan Sungai Lembing Terdapat dua tarikan utama di pekan klasik Sungai Lembing iaitu Muzium Sungai Lembing dan Terowong Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang. Namun begitu, kedua-duanya telah ditutup sepanjang waktu PKP ini yang bermula sejak Mei 2021.   Terowong Sungai Lembing (Ditutup). Merupakan juga Muzium Khas untuk melawat sebahagian tapak asal Terowong Lombong Bijih Timah di sini. Namun begitu, Lokasi ini telahpun ditutup sejak Februari 2021 yang lalu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Ditambah pula dengan perlaksanaan PKP, mungkin Terowong ini akan ditutup lebih lama lagi. Terletak di atas bukit, pintu masuk Muzium ini agak terpencil dan ramai yang menjenguk-jenguk lokasi ini agak hampa kerana ianya ditutup lama.  Terowong Sungai Lembing ditutup sejak Feb 2021 untuk kerja-kerja menaiktaraf. . Muzium Sungai Lembing (Ditutup Sementara PKP). Terletak di tepi jalan sahaja, Muzium yang menceritakan segala sejarah berkaitan dengan pekan/bandar Sungai Lembing ditutup sepnajang waktu

Jambatan Gantung (Kolong Pahat) Klasik Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang.

Image
Jambatan Gantung merentasi Sungai. Bukanlah sesuatu yang wajib untuk anda melawat Jambatan Gantung ini tetapi jika berkelapangan, apa salahnya singgah sebentar untuk bergambar. Lokasinya, anda perlu masuk ke dalam sedikit kira-kira 1 KM selepas anda melepasi Muzium Sungai Lembing tadi. Jambatan ini yang bernama Gantung Kolong Pahat merupakan salah satu Jambatan Gantung Klasik yang terawal di bina di sini untuk merentasi Sungai Kenau. Sila lihat gambar-gambar di bawah ini: . . Mungkinkah panjang jambatan ini melebihi 50 meter? . Sungai Kenau yang mengalir kelihatan agak sedikit kurang. . Papan Tanda nama jambatan ini pun kelihatan sudah usang. . Pandu kenderaan anda kira-kira 1 KM melewati Muzium tadi. . .

Terowong Sungai Lembing (Muzium Lombong Bijih Timah), Daerah Kuantan, Pahang.

Image
**Muzium ini ditutup untuk pengubahsuaian dan kerana PKP. Februari 2021 hingga tarikh yang akan dimaklumkan.**  Kawasan Parking Terowong Sungai Lembing di atas bukit. Salah satu kategori Muzium yang menarik untuk dilawati di sini semestinya Terowong Sungai Lembing yang sangat misteri dan menggerunkan juga. Ini disebabkan, Terowong ini merupakan sebahagian daripada tapak asal Terowong Perlombangan yang terdapat di sini. Terletak di atas bukit, pintu masuk ke Muzium ini kadangkala mengelirukan jika anda kali pertama berkunjung ke sini kerana ianya terletak agak terpencil. Simpang ke sini terletak betul-betul dihadapan pintu masuk Muzium Sungai Lembing dimana anda perlu mendaki bukit kira-kira 300 meter sebelum tiba di Muzium Terowong ini.   Pengenalan. (Muzium) Terowong Sungai Lembing ini menceritakan dengan lebih terperinci berkenaan dengan operasi perlombongan Bijih Timah bawah tanah di sini suatu ketika dahulu. Kegemilangan pekan Sungai Lembing (dahulunya bandar) sebagai sebuah pusat