Jalan Lama Kuala Klawang (Jelebu), Negeri Sembilan ke Hulu Langat, Selangor
Sebelum tahun 2016 dan ke bawah, Jalan Lama Kuala Klawang ke Hulu Langat (Simpang Peras/Jalan Kampung Sungai Lui) dan sebaliknya merupakan jalan berhantu yang sangat jarang dilalui oleh sesiapapun.
Boleh dikatakan sangat sedikit kenderaan melalui jalan yang sangat sunyi dan begitu misteri ini. Jalan ini sangat cantik pemandangannya walaupun ia bengkang bengkok dan berbukit bukau.
Disebabkan tidak ada sebarang lokasi pelancongan menarik di sini seperti Air Terjun atau Hutan Lipur yang khusus, maka laluan ini menjadi tidak popular ketika dahulu.
Namun segala berubah, kini jalan ini telah dijadikan sebagai jalan untuk akitiviti berbasikal terutama oleh penduduk dari Kuala Lumpur yang berdekatan seperti dari Cheras dan Ampang.
Apakah lokasi atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jalan ini? jawapannya tiada kerana jalan ini sangat sunyi dan dikelilingi oleh hutan bukit. Namun, mungkin juga terdapat beberapa lokasi air terjun kecil atau jeram yang belum diteroka dan sesuai untuk dijadikan lokasi pelancongan pada masa akan datang.
Apakah yang biasa dilakukan oleh orang ramai di sini:
- Berbasikal yang paling popular. Ramai akan berbasikal dari Empangan Semenyih atau Ampang hingga ke puncak sempadan Genting Peras.
- Larian jarak jauh. Disebabkan jalan ini jauh dan kurang kenderaan yang lalu, aktiviti larian seperti ini agak sesuai dilakukan dengan keadaan jalan yang mencabar.
- Aktiviti berkonvoi (yang semakin popular sekarang). Tidak kira konvoi bermotor atau kereta, ramai yang suka melalui jalan ini yang sangat mengasyikkan sambil dapat merentasi laluan berliku.
Laluan Dari Kuala Klawang Ke Genting Peras.
Simpang ke Kenaboi yang merupakan lokasi terpencil di Negeri Sembilan. |
Salah satu pemandangan hutan yang indah di jalan ini. |
Puncak Genting Peras (Sempadan Daerah Kuala Klawang & Hulu Langat)
.
.
Dari Puncak Genting Peras ke Simpang Pekan Batu 18.
Terdapat air terjun kecil yang turun di tepi jalan dalam kawasan Hulu Langat. |
.
.
.
.
Simpang ke pekan Batu 18 Hulu Langat. |
.
Lokasi-Lokasi Menarik Lain Yang Berdekatan Dengan Laluan Ini.
- Empangan Semenyih
- Air Terjun Sungai Tekala
- Air Terjun Sungai Gabai
- Kampung Sungai Lui
Comments
Post a Comment