Terowong Sungai Lembing (Muzium Lombong Bijih Timah), Daerah Kuantan, Pahang.

**Muzium ini ditutup untuk pengubahsuaian dan kerana PKP. Februari 2021 hingga tarikh yang akan dimaklumkan.** 


Kawasan Parking Terowong Sungai Lembing di atas bukit.


Salah satu kategori Muzium yang menarik untuk dilawati di sini semestinya Terowong Sungai Lembing yang sangat misteri dan menggerunkan juga. Ini disebabkan, Terowong ini merupakan sebahagian daripada tapak asal Terowong Perlombangan yang terdapat di sini.

Terletak di atas bukit, pintu masuk ke Muzium ini kadangkala mengelirukan jika anda kali pertama berkunjung ke sini kerana ianya terletak agak terpencil. Simpang ke sini terletak betul-betul dihadapan pintu masuk Muzium Sungai Lembing dimana anda perlu mendaki bukit kira-kira 300 meter sebelum tiba di Muzium Terowong ini.

 


Pengenalan.

(Muzium) Terowong Sungai Lembing ini menceritakan dengan lebih terperinci berkenaan dengan operasi perlombongan Bijih Timah bawah tanah di sini suatu ketika dahulu.

Kegemilangan pekan Sungai Lembing (dahulunya bandar) sebagai sebuah pusat pengeluaran bijih timah terkenal di dunia satu ketika dahulu akan dapat dilihat jelas di dalam Terowong ini.

Bayaran masuk sebanyak RM10 ke RM15 akan dikenakan kerana anda akan menaiki keretapi mini untuk masuk ke dalam Terowong. Ini menyebabkan pengembaraan anda akan menjadi lebih menarik.

Kemudahan yang lengkap terdapat di Muzium ini seperti Tandas, Surau, Kantin, Galeri, Pameran, Pejabat dan lain-lain. Tetapi ianya bergantung kepada bilangan pengunjung yang hadir. Lebih ramai pengunjung, maka lebih banyak aktiviti akan dilakukan.

Umumnya, muzium ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Luar dan Dalam (Terowong). Anda boleh melawat bahagian luar dahulu atau memasuki Terowong dengan menaiki keretapi mini. Ini mengikut kemahuan anda tetapi kebiasaannya Terowong dahulu.


Sila lihat Gambar-Gambar di bawah yang di ambil beberapa tahun yang lalu:

 

Bahagian Luar Pintu Masuk Utama:


.


.


.


.


.


.



Bahagian Dalam Terowong (Selepas menaiki Keretapi Mini) :

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Bahagian Luar (Pintu Keluar Terowong):

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Pastikan anda melawat juga Muzium Sungai Lembing yang terletak tidak jauh dari sini untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap berkenaan dengan sejarah pekan Sungai Lembing. Ini kerana Terowong ini lebih fokus kepada operasi perlombongan Bijih Timah di sini.

Selepas itu, bolehlah anda melawat ke lokasi-lokasi menarik lain di pekan klasik Sungai Lembing ini.

 

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang