Aktiviti Pelancongan Ketika PKP 2020/21.

Sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020, industri pelancongan mengalami kerugian yang sangat teruk. Baik hotel, pusat hiburan, pantai, hutan lipur, muzium dan sebagainya mengalami masalah untuk dikunjugi oleh pelanggan.

Apabila hendak bernafas sedikit, Industri Pelancongan sekali lagi digertak dengan PKP 2 dan seterusnya PKP 3 yang menyebabkan industri ini terus tenggelam dan semakin lemas.

 

Namun apakah caranya untuk Orang Ramai menjalankan aktiviti pelancongan di ketika PKP? Adakah mengamalkan konsep Virtual Tourism atau Pelancongan Maya sesuai? Ini disebabkan jika kita hanya menonton atau melihat secara Maya, itu tidak dianggap melancong melainkan kita sendiri berada di sana. Tampahan pula capaian internet yang kurang memuaskan di sesetengah lokasi, mungkin akan menyebabkan aktiviti ini sedikit terganggu.

Walaubagaimanapun, itu sahajalah pilihan yang ada setakat ini iaitu secara Maya atau Virtual Tourism. Disebabkan tidak boleh melawat atau berkunjungan, tidak ada apa yang boleh dilakukan.

Apakah Industri Pelancongan akan mejadi sangat rancak selepas PKP tamat sepenuhnya? Atau pemulihannya akan menjadi sangat perlahan. Mungkinkah selepas ini, corak aktiviti pelancongan akan jauh bebeza? Sama-sama kita nantikan laporan seterusnya.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3