Empangan-Empangan Utama di Negeri Sembilan.
Kita semua sentiasa inginkan bekalan air bersih sentiasa ada. Tetapi pernahkan kita fikir dari mana datangnya sumber air bersih di rumah kita? Jawapan yang kerap diberikan adalah dari Loji Rawatan Air yang biasa terdapat di sekitar kawasan perumahan atau perkampungan.
Tetapi, Loji Rawatan Air sahaja tidak cukup kerana dari mana air mentah hendak dikumpulkan? Jawabnya adalah dengan membina empangan yang menghalang (untuk menakung) aliran sungai bagi mengambil air tersebut. Besar atau kecil saiz empangan adalah berdasarkan kepada saiz dan aliran sungai tersebut.
Antara empangan-empangan yang popular di Negeri Sembilan adalah:
- Empangan Ulu Sepri, Rembau yang terletak berdekatan dengan Kem Bina Negara Ulu Sepri.
Kapasiti Maksimum : 339 ribu Meter Padu air. Punca air dari Sungai Batu Hampar.
- Empangan Sungai Terip yang terletak di Jalan Pantai ke Jelebu (KM10).
Kapasiti Maksumum: 45 juta Meter Padu air. Punca air dari Sungai Terip, Sungai Lubuk Buaya & Sungai Gantor
- Empangan Talang, Kg Jeram, Talang, Kuala Pilah.
Kapasiti Maksimum : 40 juta Meter Padu air. Punca air dari Sungai Muar.
- Empangan Kelinchi, Kg. Belayat, Terachi, Kuala Pilah.
Kapasiti Masksimum : 58 juta Meter Padi air. Punca air dari Sungai Kelinchi, Sungai Penoi dan Sungai Kong.
- Empangan Pedas berhampiran dengan Wet World Pedas.
Kapasiti Maksimum : 896 ribu Meter Padu air. Punca air dari Sungai Beringin.
- Empangan Gemencheh, Kg Sungai Salah, Gemencheh, Daerah Tampin.
Kapasiti Maksimum : 2.9 juta Meter Padu air. Punca air dari Sungai Gemencheh dan Sungai Salah.
- Empangan Teriang, Kg Gagu, Jelebu.
Kapasiti Maksimum : 62 juta Meter Padu air. Punca air dari Sungai Teriang.
Tunggu, adakah sekadar empangan dan itu sahaja? Sebenarnya, sebut pasal empangan semestinya ia berpunca daripada aliran sungai seperti yang dinyatakan di atas.
Empangan bukan sekadar di bina untuk bekalan air bersih, tetapi juga untuk kawalan banjir dan jika di kawasan sawah atau pertanian, ia untuk tujuan pengairan.
Selain daripada itu, kewujudan empangan juga akan menyebabkan wujudnya tasik dari takungan air yang besar.
Tasik akan menyebabkan wujudnya ikan dan aktiviti menangkap ikan sekiranya dibenarkan.
Wujudnya sungai juga akan berpunca daripada wujudnya bukit atau kawasan hutan tadahan air. Ini akan menyebabkan juga wujudnya air terjun dan hutan lipur.
Comments
Post a Comment