Muzium Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang.
Pintu masuk utama bangunan Muzium Sungai Lembing. |
.
Sungai Lembing terletak kira-kira 50 KM dari Bandar Kuantan. Pekan bersejarah ini yang dahulunya terkenal sebagai sebuah Pusat Perlombongan Bijih Timah yang terkenal di dunia menyimpan beribu-ribu kisah. Kisah-kisah tersebut ada tersimpan di Muzium yang wajib dilawati ini.
Muzium Sungai Lembing adalah sebuah Muzium yang agak luas, menceritakan tentang sejarah pekan Sungai Lembing sejak dahulu lagi. Bayaran masuk antara RM2 hingga Rm3 dikenakan kepada pengunjung. Muzium ini terletak selepas anda memandu melepasi pekan Sungai Lembing dan masuk ke dalam sedikit. Bangunannya terletak di atas bukit yang tidaklah begitu tinggi.
Pintu Pagar masuk ke Halaman Muzium. Kereta parking di luar sini. Kelihatan ada jalan mendaki bukit ke (Muzium) Terowong Sungai Lembing. |
Sedikit maklumat & sejarah Sungai Lembing di Monumen Tourism Malaysia ini.
Apakah yang terdapat di Muzium Sungai Lembing?
- Halaman Muzium yang indah. Terdapat pohon-pohon bunga yang sudah berpuluh-puluh tahun usianya.
- Sejarah asal usul Kampung Sungai Lembing.
- Bagaimana Sungai Lembing menjadi sebuah Lombong Pengeluaran Bijih Timah yang terkenal di dunia.
- Syarikat yang mengendalikan perlombongan di sini yang merupakan dari British.
- Kemerosotan Sungai Lembing sebagai bandar perlombongan.
- Sudut Sains dan Geologi berkaitan dengan Batu Batan dan Tanah di sini.
- Proses pengeluaran Bijih Timah dari penggalian hingga penghantaran ke pelabuhan Kuantan.
- Kehidupan sosial dan ekenomi masyarakat/penduduk di sini pada zaman kegemilangannya.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekitar Muzium ini:
-Kedai Cenderahati terdapat di sebelah Kaunter Tiket.
-Tandas & Surau di belakang bangunan Muzium.
-Halaman & Lanskap yang indah untuk bergambar.
-Tanyangan Video dalam Muzium.
-Pejabat.
-Kantin tidak ada di kawasan Muzium tetapi ada banyak kedai makan diluarnya.
Muzium ini sebenarnya adalah tapak Pejabat syarikat perlombongan di sini satu ketika dahulu. Sila lihat Gambar-Gambar di bawah yang telah diambil beberapa tahun yang lalu:
.
Suasana Di Halaman Luar Muzium:
.
Pastikan anda melawat muzium Terowong Sungai Lembing yang hanya terletak tidak jauh dari sini iaitu di atas bukit berdekatan. Terowong itu akan memberikan anda pengalaman yang lebih menarik berkaitan dengan operasi Perlombongan Bijih Timah.
Comments
Post a Comment