Posts

Showing posts from February, 2021

Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu

Image
Pemandangan Pantai di Pulau Perhentian Besar Pulau Perhentian terletak berdekatan dengan Kuala Besut, Terengganu dan Pantai Tok Bali, Kelantan. Jaraknya dari pantai sekitar 20 hingga 30 KM atau sekitar 15 Batu Nautika. Lokasinya adalah berdekatan dengan sempadan Kelantan dan Terengganu. Jarak pulau dengan lokasi darat terdekat iaitu Kuala Besut adalah sekitar 20 KM. Ini menyebabkan ramai pelancong akan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan menaiki bot ke pulau adalah sekitar 45 minit hingga ke satu jam. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Semestinya Pulau Perhentian Besar lebih luas tetapi Pulau Kecil lebih meriah kerana di sini terletaknya Kampung Nelayan. Walaupun terdapat banyak pulau di Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian menjadi pilihan kerana keindahan pantainya dan banyak aktiviti serta lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Tambahan pula, pulau Perhentian mempunyai kemudahan penginapan dan servis yang lebih

Bukit Gala, Labu, Negeri Sembilan

Image
Terletak di Hutan Simpan Bukit Galla, Nilai, Negeri Sembilan. Starting point bukit ini berdekatan dengan perkampungan orang asli. Terletak tidak jauh dari stesen Komuter Labu (arah selatan yang telah melintasi laluan keretapi). Stesen KTM Komuter Labu biasanya menjadi lokasi berkumpul. Untuk sampai ke Staring Point, anda perlu melalui ladang kelapa sawit, Kampung Tekir dan kawasan perkampungan orang asli. Mungkin juga ada laluan lain yang sudah diteroka. Tetapi laluan Kampung Tekir (orang asli) lebih popular. Masa pendakian ke Bukit Galla sekitar 2 ke 4 jam dan kategori kesukaran bukit ini mungkin pada tahap serderhana. Mendaki bukit ini tidaklah semudah yang disangka kerana laluannya sedikit mencabar dan berbukit. Tiada air terjun atau sungai yang ditempuh sepanjang pendakian. Ketinggian Bukit Galla adalah sekitar 613 meter dari paras laut. Setelah separuh perjalanan ke puncak bukit, anda akan berjumpa dengan batu yang besar dan cantik. Sesuai untuk bergambar di sini. Cuma

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Image
Jeram Utama untuk mandi manda di Kawasan Perkhelahan Sungai Pertak Terletak selepas Perkampungan Orang Asli Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Selepas memandu sekitar 15 KM dari pekan KKB (Kuala Kubu Baharu), melalui kawasan Empangan dan Tasik Sungai Selangor yang indah, kemudian anda akan melepasi Jambatan panjang dan belok kanan untuk ke sini. Bayaran masuk adalah RM 1 sahaja yang dibayar di Pondok Kawalan orang asli. Kawasan ini merupakan lokasi untuk berkhelah, bermandi manda dan perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi. Air Terjun, Jeram dan Sungai yang mengalir memberikan anda satu suasana yang menarik. Anda boleh datang ke sini untuk memasak BBQ dan bersantai sambil menikmati keindahan alam. Tetapi kawasan ini tidak dibangunkan menjadi Taman Eko Rimba atau Hutan Lipur setakat ini. Oleh itu, kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat, Pejabat dan lain-lain tidak disediakan. Hanya kemudahan Parking sahaja yang baru disediakan. Mungkin pada masa akan datang, lebih ba

Teluk Sengat (Pekan & Jeti), Kota Tinggi, Johor

Image
Pekan kecil ini terletak di tepi Sungai Johor dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Lokasinya tidak jauh dari Felda Air Tawar dan boleh diakses melalui Jalan Lama Bandar Kota Tinggi atau Lebuhraya Senai Desaru.  Apa yang menarik di sini adalah pemandangan indah Sungai Johor yang dapat dilihat dari pekan. Terdapat Jeti Nelayan di pekan ini yang mana Medan Ikan Bakar juga berada tidak jauh. Selain pemandangan, pekan Teluk Sengat terkenal dengan makanan lautnya yang sedap dengan harga berpatutan. Dari pekan ini juga boleh dilihat keindahan Jambatan Sungai Johor (Lebuhraya Senai Desaru) yang merupakan laluan pintas ke sini dari Johor Bahru. Jika anda berpeluang singgah ke sini, adalah wajib untuk singgah makan di Restoran Makanan Laut (Medan Ikan Bakar) dan kemudian berjalan-jalan di Jeti Nelayan. Boleh mengambil gambar sambil menikmati pemandangan yang indah. Maklumat Lain. Jarak pekan kecil ini dari Jalan Besar adalah sekitar 8 KM dan untuk pengetahuan anda, pekan ini tidak mengalami perubaha

Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor

Image
Pantai Desaru dari pandangan udara Satu ketika dahulu, tidak ramai yang mengetahui dimanakah Desaru kecuali orang-orang Johor. Tetapi sejak 2012, Desaru telah menjadi kawasan perlancongan pantai terkenal di seluruh Malaysia. Sedangkan kewujudannya sebenarnya sudah lama. Mungkin pembinaan Jambatan Sungai Johor yang panjang dan Lebuhraya Senai-Desaru menjadi pemangkin utama kepada populariti Desaru. Tetapi sebenarnya Projek RAPID di Pengerang juga menjadi faktor penting kemajuan di Desaru. Pantai Desaru sangat panjang dan banyak kawasan yang boleh dilawati. Cumanya beberapa kawasan pantainya sudah dimiliki oleh Hotel-Hotel atau Resort yang terletak di lokasi tersebut. Oleh itu, anda perlu menyewa bilik di Hotel/Resort atau membayar yuran masuk jika mahu menggunakan kawasan pantai mereka. Jangan risau kerana antara kawasan tumpuan utama di Desaru adalah Pantai Awam Desaru yang terbuka kepada semua pengunjung. Bayaran murah juga dikenakan untuk masuk ke kawasan ini dengan ruang parking ken