Teluk Sengat (Pekan & Jeti), Kota Tinggi, Johor
Pekan kecil ini terletak di tepi Sungai Johor dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Lokasinya tidak jauh dari Felda Air Tawar dan boleh diakses melalui Jalan Lama Bandar Kota Tinggi atau Lebuhraya Senai Desaru.
Apa yang menarik di sini adalah pemandangan indah Sungai Johor yang dapat dilihat dari pekan. Terdapat Jeti Nelayan di pekan ini yang mana Medan Ikan Bakar juga berada tidak jauh. Selain pemandangan, pekan Teluk Sengat terkenal dengan makanan lautnya yang sedap dengan harga berpatutan.
Dari pekan ini juga boleh dilihat keindahan Jambatan Sungai Johor (Lebuhraya Senai Desaru) yang merupakan laluan pintas ke sini dari Johor Bahru.
Jika anda berpeluang singgah ke sini, adalah wajib untuk singgah makan di Restoran Makanan Laut (Medan Ikan Bakar) dan kemudian berjalan-jalan di Jeti Nelayan. Boleh mengambil gambar sambil menikmati pemandangan yang indah.
Maklumat Lain.
Jarak pekan kecil ini dari Jalan Besar adalah sekitar 8 KM dan untuk pengetahuan anda, pekan ini tidak mengalami perubahan pembangunan yang ketara. Jika dibandingkan dengan kunjungan pada tahun 2015 dan 2010, hanya terdapat perubahan kecil sahaja. Bermaksud, suasana klasik masih dirasakan di sini.
Terdapat sebuah stesen minyak kecil di sini jika anda perlu mengisi minyak tetapi tidak pasti jenamanya.
Tidak lupa juga, Kota Johor Lama dan Muzium terletak di kawasan ini. Ianya juga merupakan lokasi menarik untuk disinggah.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
Bot-bot nelayan yang banyak di sini kerana aktiviti perikanan adalah utama. |
Hujung Jeti kelihatan Jambatan Lebuhraya Senai Desaru. |
.
.
Taman Permainan Kanak-Kanak dan lokasi bersantai di tepi Sungai Johor |
Kawasan Parking luas bersebelahan Restoran Makanan Laut Teluk Sengat. |
.
Comments
Post a Comment