Pondok Waris Bentong, Jalan Lama Bentong - Bukit Tinggi, Pahang
.
Pondok Waris hanya terletak di tepi jalan lama Bukit Tinggi ke Bentong. |
.
Kawasan Pondok Waris (Bentong) yang terletak di sebelah Sungai Benus. |
Terletak di tepi Jalan Lama antara Bentong ke Bukit Tinggi, Pahang. Jarak lokasi ini adalah kira-kira 20 KM dari pekan Bentong sementara 15KM dari pekan Bukit Tinggi. Perlu diingat bahawa lokasi ini tidak boleh diakses terus melalui Lebuhraya Karak walaupun ianya tidak jauh dari Lebuhraya.
Satu perkara yang menarik adalah Pondok Waris terletak di sebelah/tepi Sungai Benus yang mengalir di sepanjang Lebuhraya. Sungai Benus mengalir dari R&R Lentang dan ke pekan Bentong.
Apakah Pondok Waris? Ia adalah sebuah Kawasan Perkhemahan atau Resort Tepi Sungai yang berkonsepkan alam semulajadi. Dengan sungai dan hutan yang menjadi daya tarikan utama di sini, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan.
Semestinya aktiviti pekhemahan atau berkhelah adalah aktiviti utama yang dilakukan di sini. Anda juga boleh menyewa kemudahan dan peralatan khas yang disediakan oleh Resort. Aktiviti berkumpulan seperti Hari Keluarga, Kem Motivasi dan Team Bulding juga boleh dilakukan di sini kerana ianya sesuai dengan konsep alam semulajadi.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
Iklan Pondok Waris dan harga bayaran dikenakan. |
Comments
Post a Comment