Air Terjun Sungai Dua, Kampung Sungai Dua, Karak, Pahang

Dari Lebuhraya Karak ke Bentong. Masuk simpang kiri ke Kampung Sungai Dua.

Terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli Sungai Dua, Karak, Bentong, Pahang. Kira-kira 5 Km dari pekan Karak anda akan jumpa simpang kiri ke Kampung Sungai Dua. Teruskan perjalanan kira-kira 2 KM dan anda akan jumpa pondok Pengawal Orang Asli untuk bayaran masuk.

Bayaran masuk adalah RM3 dan dari pondok pengawal, anda masih perlu memandu sekitar 3 KM untuk ke lokasi Air Terjun. Ianya juga dikenali dengan nama asalnya, Lata Bunta.

 

Lebih kurang 4 ke 5 KM memandu anda akan sampai ke lokasi ini. Jalan berbatu kecil.


 

Parking hanya di bahu jalan. Jika anda datang awal, dapatlah lokasi yang dekat.


 

Kemudahan asas disediakan di kawasan rekriasi ini tetapi hanya bentuk ringkas sahaja. Kemudahan seperti Surau, Lot Parking dan Gerai Makan tiada. Kawasan ini masih dalam pembangunan.

Ia bukanlah Taman Rekriasi atau Taman Eko Rimba yang rasmi, maka kemudahan yang wujud mungkin adalah hasil inisiatif penduduk tempatan yang membina Tandas, Pondok Rehat serta kawasan perkhemahan di lokasi ini. Disebabkan itu, bayaran Rm 3 dikenakan sebagai yuran dan bantuan lain oleh penduduk kampung Orang Asli.

Jeram (Lata Bunta) yang juga lokasi air terjun utama adalah kawasan mandi manda yang sangat menarik dan cukup besar untuk berenang. Namun jika terlalu ramai pengunjung, mungkin agak sesak juga lokasi ini.

Kawasan Parking hanyalah di bahu jalan kerana tiada lokasi parking rasmi yang disediakan. Jarak dari lokasi parking ke Air Terjun hanyalah sekitar 200 ke 300 meter bergantung kepada lokasi parking anda. Jika anda datang lewat, mungkin perlu parking jauh sedikit dari simpang ke Air Terjun.

Lokasi Menarik Lain:
-Tiada lokasi menarik berdekatan yang diketahui.
-Stesen minyak terdekat adalah di Petronas & Petron Lebuhraya Karak-Bentong atau boleh juga ke pekan Karak.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:


Simpang ke Kawasan Perkhelahan atau Air Terjun. Dari sini sekitar 200 meter sahaja.

.

 

Jalan terus turun ke bawah. Tak jauh sangat pun.

.


Kemudahan Pondok Rehat dan Tandas terdapat di sini.

.


Lokasi dan suasana di Air Terjun Lata Bunta (atau Sungai Dua).

.


Sungai yang mengalir dari Air Terjun & Jeram masih menarik untuk mandi.

.


Kelihatan Air Terjun yang indah dan Jeram yang luas. Pengunjung kebanyakannya suka mandi di kawasan sana.

.


Kelihatan Pengunjung yang sedang berkhelah dan masak-masak.

.


Panorama Kawasan Perkhelahan

.



MENJELAJAH KE ATAS

Jika anda naik ke atas (kawasan atas air terjun) yang boleh diakses melalui jalan raya, anda akan dapat melihat kawasan jurang. Tetapi lokasi ini tidak sesuai untuk mandi kerana agak merbahaya jika tidak berhati-hati.


Jika jalan terus kehadapan, anda dapat lihat bahagian atas air terjun yang merupakan sungai dan jurang.



Memang menarik mandi di atas Air Terjun tetapi agak merbahaya jurangnya tinggi.
.


Gambar Panorama Jeram bahagian atas Air Terjun
.


Takungan air di atas ini adalah untuk kegunaan Tandas dan Kawasan Perkhemahan tadi.
.


Melepasi lokasi perkhelahan tadi, ada jalan terus masuk ke dalam kampung lagi.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3