Hotel The Regency Tanjung Tuan Beach Resort (3 Bintang), Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson
Hotel ini telah wujud sekian lama di Port Dickson sejak awal tahun 1980an lagi iaitu di zaman Port Dickson sangat terkenal sebagai lokasi pelancongan di Malasia. Bermaksud, hotel ini telah wujud sebelum adanya Lebuhraya Seremban – Port Dickson dan ketika Keretapi penumpang terakhir beroperasi di Stesen KTM Port Dickson pada tahun 1995/96. Ianya terletak di tepi pantai yang cantik dan bersih. Lokasi hotel ini juga bersebelahan dengan Jalan Utama yang aman dan harmoni dengan Jarak Bandar Port Dickson dari sini sekitar 10 KM.
Kini, hotel ini telah menjangkau usia hampir 40 tahun dan masih lagi teguh beroperasi. Memang tidak dinafikan hotel ini agak usang tetapi masih tidak mengecewakan pengunjung dari segi kemudahan dan pengoperasiannya.
Nama singkatan Hotel The Regency Tanjung Tuan Beach Resort ini mudahnya dipanggil The Regency. Perkataan Tanjung Tuan itu bukanlah nama tempat atau lokasi tetapi hanyalah sekadar nama tambahan. Hotel ini terletak di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson dan bukannya di Tanjung Tuan. Ia merupakan Hotel yang berkonsepkan Apartment dimana anda akan menyewa sebuah Apartment yang terdapat beberapa bilik, dapur, ruang makan, ruang tamu dan Balkoni pemandangan yang menghadap keindahan pantai.
Terdapat berbagai jenis Apartment yang boleh disewa bergantung kepada kemampuan pengunjung tetapi biasanya pengunjung di Hotel ini adalah berkumpulan atau keluarga kerana saiz Apartment agak besar.
Kemudahan lengkap terdapat di hotel yang besar dan luas ini. Selain mempunyai pantainya sendiri, hotel ini turut dilengkapi dengan kawasan rekriasi sendiri untuk melaksanakan aktiviti riadah seperti Gelanggang Tennis, Badminton dan Futas. Hotel ini dilkengkapi dengan Kolam Renang yang bersaiz sederhana. Terdapat dua restoran di Hotel ini yang salah satunya terletak tidak jauh dari pantai dan satu lagi berdekatan dengan Kolam Renang.
Bermaksud, hotel ini boleh juga untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan kumpulan besar seperti Kenduri Kahwin, Hari Keluarga, Seminar, Kursus dan Kem Motivasi. Ini disebabkan ia mempunyai kemudahan Dewan dan Dewan Terbuka di tepi pantai. Selain itu, hotel ini memiliki bilangan staf dan Chef yang mencukupi serta berkemahiran.
Terletak di tepi pantai semestinya aktiviti sukan air menjadi keutamaan seperti mandi laut, bolasepak pantai, bermain pasir, berjoging di pantai, berkayak, menaiki bot dan lain-lain. Perkhidmatan sewa bot, Jetski dan kayak disediakan di sini.
Bersantai dan berkhelah di tepi pantai sambil memasak BBQ juga adalah sesuatu yang menarik sering dilakukan pengunjung di sini. Ada juga yang suka bermain laying-layang ketika angina kuat melanda. Tetapi jika berlaku hujan, mungkin anda perlu bersabar kerana kawasan indoor agak terhad tetapi anda masih boleh berehat dan bersantai di Hotel.
Antara perkara yang menarik perhatian di sini adalah pendaratan Penyu pada tahun 2012 yang lalu. Kewujudan telur penyu adalah sesuatu yang sangat jarang di sini dan kali terakhir berlaku pada tahun 1980an yang lalu. Terdapat sebuah sudut khas memaparkan keratan akhbar kejadian tersebut.
Mungkin satu kelemahan ketara Hotel ini adalah ia agak usang kerana sudah sekian lama digunakan. Terdapat beberapa kemudahan seperti Lif, Tangga, Parking Bawah, Lanskap Apartment dan lain-lain perlu dibaikpulih kerana dimakan usia. Ada beberapa Apartment yang terbiar terlalu lama telah menjadi sarang serangga, haiwan dan sebagainya. Sekiranya Apartment anda terletak di sebelah Apartment terbiar, ada kemungkinan serangga akan manyelinap masuk. Jika kemudahan dan beberapa peralatan ini dinaiktaraf, Hotel ini boleh diberikan status Rating yang tinggi.
Maklumat-Maklumat Lain
-Lokasi lain yang menarik untuk lawatan adalah Muzium Tentera Darat, PD Ostrict Farm dan PD Mini Zoo. Berada dalam lokasi kurang 5 KM dari sini.
-Pekan Port Dickson terletak 10 KM dari sini.
-Restoran Makanan yang sesuai untuk disinggah terutama waktu malam adalah King’s Char Kuey Teow, Embok Village Steamboat & Seafood, MHR Burgers, Rezeky Tom Yam dan Nasik Kukus Ayam Panggang Cowboy. Pasar Malam Batu 4 pula dibuka pada setiap hari Sabtu.
-Terdapat beberapa pantai popular berdekatan seperti Teluk Kemang, Batu 4, Pantai Bagan Pinang dan Pantai Cahaya Negeri.
- Sebuah pusat peranginan khas iaitu Pantai Blue Lagoon dan Hutan Lipur Tanjung Tuan terletak kira-kira 8 KM dari sini. Rumah Api Cape Rachado dan Bukit Batu Puteh terletak di Hutan Lipur Tanjung Tuan. Khas untuk peminat-peminat Sukan mendaki dan hutan.
-Terdapat banyak stesen minyak dan kemudahan kedai disekitar kawasan ini. Jangan risau dengan itu.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Pintu masuk hotel hanya di tepi jalan utama |
.
Papan Tanda perasmian ini yang berusia hampir 40 tahun. |
.
Kemudahan Parking kenderaan ada juga di Basement. Tetapi pada waktu puncak, agak terhad juga. |
Susana Dalam Hotel Apartment.
Pemandangan indah Pantai dari Balkoni Hotel |
Comments
Post a Comment