Kawasan Rekriasi Sedayu (Muka Sauk Sungai Gombak), Jalan Lama Gombak, Selangor

Simpang ke Kawasan Rekriasi Sedayu selepas Muzium Orang Asli.

.


 

Tidak pasti apakah nama rasmi lokasi ini tetapi kelihatan papan tanda Kawasan Rekriasi Sedayu di simpang masuk ke sini. Simpang masuk ke Kawasan Rekriasi ini adalah sekitar 6 KM dari Simpang Tiga pekan lama Gombak. Selepas anda melewati Muzium Orang Asli, lebih kurang 1 KM akan jumpa simpang ini. Di kawasan ini sebenarnya terdapat beberapa lagi Resort, Chalet, Kebun dan Lokasi Perkhemahan selain daripada Sedayu Chalet.

Antara Resort/Chalet yang popular terdapat di sini adalah Alang Sedayu Chalet yang terletak kira-kira 400 meter dari jalan besar.

Jika anda terus masuk ke dalam, ada bebrapa lagi lokasi menarik antaranya adalah Zoom Bamboo Rimba Chalet, Air Terjun (Jeram) Sungai Gombak dan Laluan Trek ke Air Terjun Sungai Pisang. Di hujung jalan adalah Loji Rawatan Air Sungai Gombak yang tidak dibuka kepada orang awam.

Jika anda mahu cabaran merentas hutan, bolehlah meneruskan perjalanan melalui denai hutan ke Air Terjun Sungai Pisang.


Kemudahan Yang Ada
Kawasan ini sebenarnya bukanlah kawasan awam seperti Taman Eko Rimba atau Hutan Lipur. Anda boleh mandi di lokasi Sungai Gombak atau Air Terjun selepas Loji Rawatan Air kerana ia adalah kawasan awam. Tetapi kemudahan asas seperti Tandas dan Lain-lain hanya disediakan oleh pihak pengurusan Chalet atau Resort. Oleh itu, anda perlu menyewa Chalet atau mendapatkan kebenaran menggunakan kemudahan mereka dahulu.

Tempat parking juga adalah terhad jika pada musim puncak seperti cuti sekolah kerana kawasan ini agak sempit dari segi tapak parking. Tetapi jika anda sudah menempah Chalet, mungkin boleh disediakan oleh pihak pengurusan.

Sungai Gombak sebenarnya memberikan beberapa lagi lokasi menarik di sepanjang alirannya selain daripada Kawasan Rekriasi Sedayu. Tetapi kawasan ini adalah yang paling popular.


Lokasi Menarik Lain
-Muzium Orang Asli

-Perkampungan Orang Asli
-Stesen Minyak terdekat di MRR2 berdekata dengan Gombak. atau di Jalan Gombak ke Kuala Lumpur.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah: 



Alang Sedayu Resort terletak lebih kurang 400 meter dari Jalan Besar.

.


Ada beberapa lagi lokasi Resort, Kebun dan Tapak Perkhelahan di sini.
.
 

Jalan ke hadapan lagi untuk ke Kawasan Air Terjun/Jeram dan Loji Rawatan Air.


Anda akan sampai ke Bamboo Resort ini pada jarak kira-kira 900 meter dari Jalan Besar.
.


Sebelah pagar ke Loji Rawatan Air inilah lokasi bermandi manda yang menarik.
.


Jalan masuk ke Kem Banjaran Sedayu

 


Selepas Gate ini adalah Loji Rawatan Air Sungai Gombak atau Muka Sauk Sungai Gombak.
.


Mungkinkah ini laluan Trek Hutan ke Air Terjun Sungai Pisang??



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3