Hutan Lipur Sungai Kedondong (Kawasan Rekriasi Air Terjun Sungai Pinang), Batang Kali, Selangor


Terletak di Jalan Batang Kali ke Genting Highland (atau ke Goh Tong Jaya), Hutan Lipur kecil ini hanya terletak di tepi jalan sahaja dan mudah untuk di singgah pada bila-bila masa.

Tiada bayaran masuk dikenakan.

Daya tarikan Hutan Lipur ini adalah Sungai Kedondong yang mengalir dari Tanah Tinggi Genting Highland?. Semestinya kawasan ini sesuai untuk aktiviti berkhelah dan bermandi manda.

Kemudahan asas seperti Parking Kenderaan, Tandas, Surau, Kedai Makan dan Pondok Rehat terdapat di Hutan Lipur ini walaupun tidaklah begitu luas. Jika pada musim puncak, mungkin akan berlaku kesesakan. Kedai makan juga dibuka pada hampir setiap hari dan diusahakan oleh orang persendirian yang kebetulan meniaga di situ.

Tetapi kemudahan tambahan seperti Dewan dan Kem Motivasi tidak disediakan. Hutan Lipur ini juga berada dalam lokasi terbuka dimana tiada pintu masuk atau pagar yang khusus.

Jika anda mahu ke Genting Highland atau dari sana, bolehlah singgah di hutan lipur ini untuk bermandi manda atau berehat seketika.


Maklumat Lain
-Stesen Minyak terdekat adalah di pekan Batang Kali atau terdapat juga di Genting Permai.
-Tempat2 menarik lain adalah di sekitar Genting Highland. 

Lihat Galeri-Geleri di bawah ini:


Laluan dari Batang Kali ke Genting Highland/Goh Tong Jaya

.


Hutan Lipur Kendondong terletak di tepi jalan sahaja. Terus sana akan ke Goh Tong Jaya.

.


.


Terdapat dua lokasi utama untuk Berkhelah dan Bermandi Manda

.

 

Kawasan Perkhemahan dan Mandi Manda

.


Kawasan Rekriasi ini juga dikenali sebagai Hutan Pelajaran?

.


.


Taman Permainan Kanak-Kanak
.





Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3