Apakah Yang Terdapat di Genting Skyworlds?

 

Genting Skyworlds adalah sebuah Taman Tema Luar yang dibangunkan oleh Genting Highland bagi menggantikan Taman Tema Luar yang lama pada tahun 2013 yang lalu. Namun begitu, projek pembinaannya tertangguh sehingga sekarang (Januari 2021). Bermula dengan nama 20th Century Fox World, Genting mengubah nama tersebut kepada Genting Skyworlds pada Jun 2020.

 

Dikenali juga dengan gelaran ‘The Most Anticipated Theme Park In South East Asia’, atau bermaksud Taman Tema yang sangat dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Taman Tema ini semestinya dinantikan sejak bertahun-tahun yang lalu kerana ianya dirancang untuk dibuka pada tahun 2016.

 

Taman Tema Genting Skyworlds dibina berkonsepkan Filem-Filem terkenal terbitan 20th Century Fox Studios yang dirancang pada tahun 2013 yang lalu. Antara Filem-Filem tersebut adalah:

 

 

- Night At The Museum. Filem ini semestinya masih dikenali sehingga ke hari ini.



- Ice Age. Sebuah Filem Animasi mengisahkan tentang zaman ais.

 

- Rio. Filem Animasi.

 


- Alien Versus Predator. Filem sebenar berkonsepkan Sains Fiksyen. Mengisahkan konflik antara Alien (Makhluk Asing) dan Predator (juga spesis Makhluk Asing).

 


- Life Of Pie. Filem Animasi.

 


- Planet Of The Apes. Filem nyata berkaitan dengan konflik spesis monyet dan manusia.

 


- Son Of Anarchy. Drama nyata kehidupan Mat Rempit di Amerika.

 

Pada tahun 2013 yang lalu, Filem-Filem di atas semestinya sangat popular dan diminati. Mungkin sekarang (Jan 2021), filem-filem ini semakin dilupakan kerana banyak Filem-Filem baru yang telah dikeluarkan oleh berbagai syarikat produksi. Ini adalah persoalan menarik yang perlu dirungkai.

 

Di bawah adalah soalan-soalan popular yang sering dikemukakan:

 

Bilakah akan dibuka?

Genting mengumumkan pada tahun lalu, jangkaan pembukaan adalah pada suku ketiga atau keempat tahun 2021.

 

Apakah Daya Tarikan Utama di Genting Skyworlds?

Daya tarikan utama semestinya Taman Tema Luar yang berkonsepkan Filem-Filem Blockbuster dari 20th Century Fox Studios seperti Night At The Museum, Alien Vs Predator, Ice Age, Rio, Planet Of The Apes, Son Of Anarchy dan banyak lagi.

 

Berapakah bilangan Permainan?

Tiada maklumat terkini tetapi berdasarkan laporan lalu, terdapat hampir 25 Permainan dan Daya Tarikan dalam pelbagai kategori dengan pengunaan teknologi terkini.

 

Berapakah keluasan Taman Tema?

*Berdasarkan laporan awal, Keluasannya adalah sekitar 100 000 meter persegi dan mampu menampung sehigga 10 000 pengunjung.

 

Mengapa tidak menggunakan nama 20th Century Fox World?

Syarikat 20th Century Fox Studios telah diambil alih oleh Walt Disney pada 2019. Genting dan Fox telah membuat perjanjian dalam penggunakan Harta Intelek di Taman Tema. Mereka telah membuat keputusan untuk menggunakan nama Genting Skyworlds atas sebab-sebab tertentu.

 

Apakah perbezaan antara Skyworlds dan 20th Century Fox World?

Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah perbezaannya. Tetapi laporan media menyatakan bahawa kebanyakan Karakter/Tema dari Filem-Filem Fox Studios masih tetap digunakan.

 

Berpakah Harga Tiket?

Tidak dapat dipastikan lagi dan belum ada pengumuman.

 

*Maklumat sebenar mungkin berbeza kerana banyak perubahan telah dilakukan. Pandemik Covid-19 juga akan menyebabkan data-data lama diubah berdasarkan kepada kesesuaian.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang